Monday, September 22, 2008

GOTONG ROYONG K.I.T.A

Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah
9.30 pagi hingga 12.00 Tengahari
Yang pergi tetap pergi..

taklimat dari Pakcik Din


adik Sameer..


Falis , wee dan ieka mereka orang-orang K.I.T.A


dengan DOA


ALHAMDULLILAH...
Pada ahad lepas 21 September 2008,telah berlansung acara gotong royong K.I.T.A di Kawasan Perkuburan Islam Mohmoodiah,walau kehadiran tidak begitu memberangsangkan kami menuruskan acara seperti dirancang dengan tenaga cukup 10 orang.Alhamdullilah...terima kasih pada kawan-kawan K.I.T.A yang hadir,bintang-bintang,orang awam...dan wakil dari Samajadi iaitu Encik Amli dan Ultraman Taro Juga yang telah mengambil foto-foto kenangan.Juga tak lupa Pakcik Din (( mando kawasan perkuburan dan seluruh kakitangannya )) semoga akan ada lagi acara seperti ini kelak..
al - Fatihah kami akhiri meninggalkan jejak yang pasti akan kembali..bersama doa kami ikhlas...

** tak lupa kepada akak penjual bunga :) jumpa lagi ya..


Wednesday, July 23, 2008

JOGET 2008!

Bakal berlangsungnya pada 9 OGOS 2008 sebuah event kedua SampahSociety di THE ACTORS STUDIO, GREEN HALL, PULAU PINANG. Kami berdoa agarnya dapat berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa. Event venture kali ini bersama DNA Studio sebagai penyumbang peralatan sistem audio. Bersama juga dengan Community Of K.I.T.A untuk menjayakan program ‘Berhibur Sambil Beramal‘. Kami menggalakkan crowd yang datang dapat membawa buku2 terpakai termasuklah buku teks, baju2, stuff toys, wang & anything yang berguna untuk didermakan kepada Anak2 Yatim dan Mereka yang Memerlukan.


Kredit to Man yang mendesign flyers ini serta Ama yang menjadi gadis penghias!


Photobucket

CHARITY D' MERDEKA

Nak buka booth???hantarkan la detail korang kat sini...

NAMA :
NO TEL :
LABEL/KOMUNITY :
URL MYSPACE :

tak pun add ym KITA : kitauntuksemua@yahoo.com

leh sambil2 mintak menu sambal petai yg tak berbau sekali..


sedikit info (( flyer akan dikeluarkan tidak lama lagi... ))

Dianjurkan oleh : The Community of KITA

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : 2 Petang hingga 1 pagi ( 31 Ogos 2008 )

Tempat : Dewan Jubli Intan,Johor Bahru


TUJUAN ACARA DIADAKAN

Ini adalah acara yang dikelolakan oleh THE COMMUNITY OF KITA yang bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor Bahru disamping menyambut hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-51.Acara ini akan dianggotai oleh Persatuan Kanak-kanak Spastik sendiri dan juga ahli-ahli HATI KITA yang kini sudah menjangkau angka 400 ahli sepanjang 5 bulan ditubuhkan iaitu di awal Februari 2008 kelmarin di sini. Yang terdiri dari pelbagai peringkat usia

PENGISIAN

Siang

•Acara Perasmian
•Ucapan dan bacaan doa
•Bacaan puisi,sajak dan naskah oleh Sindiket Souljah
•Persembahan Teater oleh Republic Theatre dan Tayangan filem pendek oleh Bumbung Aku Lantai Orang
•Persembahan band band tempatan
•Nyanyian Lagu Rakyat
•Bersurai

Malam

•Ucapan
•Bacaan sajak oleh HATI KITA
•Persembahan band-band tempatan menuju ke ambang merdeka
•Menanti detik Kemerdekaan
•Nyanyian lagu kemerkaan sejurus tiba detik Merdeka
•Konsert Akhir oleh Artis Tempatan
•Bersurai

Artis-artis terlibat :-

1) Times
2) The Rhaman
3) Zubira
4) Couple
5) Redemption
6) Sharpshooter
7) Laila Lounge
8) 679
9) Priceless stupid Box
10) Cholyra
11) Famyliar
12) Lolypop
13) Wynken Delirium
14) Cassandra
15) Flow
16) Kluk Kluk Adventure
17) Matahari
18) Wasted Room
19) Glasgow Ballet

Turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran dan jualan amal oleh badan-badan terlibat dan brand-brand tempatan DIY
Jualan hasil kerja tangan dari JARO dan banyak lagi...

Monday, July 21, 2008

FESTIVAL MUZIK KITA...Terima Kasih

Banner KITA creadit Mr.Pheeewit

Semalam telah berlangsung Festival Muzik KITA di Ct Cafe,Ct Plaza Johor Bahru seperti yang telah dirancang sebulan setengah yang lalu.Tepat jam 2.00 petang.crowd dibenarkan masuk dan band pertama untuk opening act mula beraksi..Semakin lama semakin ramai crowd2 yang pelbagai bentuk dan corak mewarnai acara petang itu.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan tamat sekitar jam 10 malam.Diharap kalian yang hadir merasa kepuasan dan kegembiraan.


Disini KITA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Ct Plaza Encik Adi dan Encik Fahmi kerana memberikan kepercayaan kepada KITA untuk beraktiviti di tempat mereka serta memberikan kerjasama yang begitu baik.Tak lupa kepada band-band performer KITA.Petang itu pengunjung dihiburkan dengan 14 buah band yang lama dan baru disatukan dalam pelbagai genre dan irama dibawah satu stage.Mereka begitu mewarnai acara petang itu,dan kerana itulah tag mereka berbentuk "pensel"Seterusnya jutaan terima kasih ini diberikan kepada rakan-rakan crew yang bertungkus lumus memastikan acara ini berjalan lancar.Encik Pheewit yang menjaga kawasan sekelilingdan menyediakan banner cumel,tag dan decoration stage,Encik Endy(Inspire Record)yang bekerja keras di atas stage,Cik Eintan a.k.a PA Inspire Record yang menjual tiket dengan penuh dedikasi serta idea2 yang berkesan,Cik Wee yang menguruskan band dgn begitu tegas sekali,Cik Falos yang menjaga booth KITA dan dibantu oleh Mia Cumel..Juga gadis-gadis urusetia bahagian penuntutan kad Ahli iaitu Choi,Yayatore,Eka,Bobok ( satu-satunya teruna ) hehehe dan juga orang yang penting dalam mengabadikan memori petang itu Encik Najib Bourne yang agresif sekali =) hehe crew-crew sekitar kawasan Pak cik A.D n the geng yang cool n bersahaja,,dan akhir sekali Encik2 Bonzer KITA yang tegas mengawal keadaan sekeliling...tanpa kalian semua takkan berjalan lancar,,,merekalah tunggang yang seperti pohon pd petang itu dan kerana itu tag crew bermotifkan "POHON" .Terima kasih n KITA Love u all.... =) MUAH MUAH


Tak lupa kepada yang memberi barangan terpakai,yang membeli barangan KITA diharap berpuas hati..yang mendaftarkan diri sebagai ahli KITA tanamkan sikap kesukarelawan dimana saja..pasti anda merasa ukhwahnya..percaya lah..Dan tak lupa pada brand-brand yang turut memeriahkan acara Ribut Design,Embrace Records dan Durjana Clothing...Kepada kawan-kawan terdekat,rakan-rakan organizer,rakan-rakan artis,band dan brand yang turut hadir...Kepada bitz studio Abang Azhar yang memastikan sound mantap dan Encik MC Taufik baik dan kawanya ... =)dan paling KITA julang adalah kehadiran HATI-HATI KITA ...kalian amat menyokong acara ini..tanpa kalian pasti sunyi dan malap Festival KITA ini.dan semua pengunjung-pengunjung yang hadir semoga kalian pulang dengan rasa senang hati..InsyaALLAH dilain kali KITA beraktivi lagi dan KITA mengharapkan kalian yang hadir turut sama turun padang kerana selepas ini ada lagi acara yang menarik yang KITA telah siapkan..


Jumpa Ogos ini...


Sekian...


Jadi lah pohon tempat berteduh yang akan menyemai banyak manfaat pada yang lainnya..cambahkan hasilmu..agar menjadikan yang lain tidak kebuluran...kukuh ya agar tanah tidak runtuh..agar bumi hijau indah..... - Pengasas


Cik Nina (( sayang kalian... ))
TCOK

Friday, July 18, 2008

Mohon Kesedaran...

Photobucket

Photobucket
Photobucket
PhotobucketPhotobucket

Photobucket

DAN INI PENDAPAT REMAJA K.I.T.A


- a z i m -
24 Apr 2008 18:46 nak cegah pembuangan bayi...? firstly, bende ni tjd sbb maksiat...!! tu la motifnye... so.. cegah maksiat dulu..! insyaAllah dapatlah kita selamatkan bayi2 yg tak berdosa tu.... manusia..... mereka memang gila...!! bayi.. anugerah Tuhan... pn nak buang...?? gila.... ini pendapat aku la.. bende2 ni terjadi sbb skrg ni Malaysia dah makin ke arah kemajuan... gejala sosial.... manusia kian lalai... pasangan2 bercinta kian hanyut.. haram dan halal bagaikan sama shj... tp bila dah dianugerahkan cahaya mata, nak dibuang pulak...! dasar pengecut... buat pandai.. tanggungjawab..?? haram skali..!!! so, sedarkan lah manusia2 buta di luar sana yg memandang sesama sendiri dgn menggunakan hawa nafsu..!! sedarkan mereka, bahawa kita semua masih punya agama, maruah bangsa dan keluarga... eh..? ape aku merepek ni..?? sory2.. baru bgn tido.. hehe

Madey Finger Inc PSB K.I.T.A
24 Apr 2008 18:34 Masalah nih bukan lagi satu masalah yang aneh or pelik kt Malaysia nih, hal dh jadi sejak dlu lagi, kempen2 pencegahan pun dah byak dijalankan, tapi masih ada lagi kes2 pembuangan bayi nih...hmm sedih...Dlam hal nih kita tak buleh menuding jari penuh kepada pesalah, apabila mendapat tekanan sebergitu macam2 hal meraka bleh lakukan. Hal nih pada pendpat sy hendaklah dijlankan dari akar umbi lagi, kurangnya pegangan agama punca berlaku masalh sosial, contohnya seks bebas, minum arak, hisab dadah, lumba haram, soal berat agama terus ditinggalkan. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting dlm institusi kekeluargaan, membiarkan anak bergaul dengan kawan2 yang dh memg rosak akhlak, bertambah la rosak anak tu...Hal nih juga meningkatkan golongan2 dehaka kepada ibu bapa, nmpak bukan? sedih2... kepada yang membuang bayi tuh diharap segera lah bertaubat, pda2 si seks bebas tuh agak-agak dh xtahan sgt gunalah kondom bodoh! dengan perempuan2 tuh skali bodoh! Maaf mmg aku sedih dengan golongn cmnih, yang merosakan bangsa & agama, bukan diskriminasi... Nauzubillahhiminzaliq...

۞۩๑EMAN๑۩۞
24 Apr 2008 17:57 kes buang bayi ni sah2 kisah hubungan yg haram..baik laki mahupun mak baby tu..nyawa x b'dosa mati..ngeri n sedeyh lol..sialan pny mak!! binatang pon syg anak tw!! huhu, walopon aq xkawin n xde anak, tp aq ahli masyarakat mmg jijik tgk perangai manusia x b'tamadun n xde pegangan agama!! moral of the story is fikir dulu baik buruk padah sebelum b'tindak!! lu pikir la sniri! wasalam.. =p


it's Fahmie
24 Apr 2008 12:14 org yg buang2 bayi tu kalo dpt tangkap hukum dia lebih berat dri bunuh org dewase... maner letaknyer otak mereke yg bodo tu... x pk ker nasib bayi tu... bayi tu x bersalah... naper mesti jadi kn bayi tu menjadi mangse... YANG BENAR, FAHMI SAMOK COMMUNITY

Don Cokdi
24 Apr 2008 12:04 sayangi lah manusia.. cintai lah tuhan..

Community of K.I.T.A
24 Apr 2008 10:23 terima kasih kalian....tunggu artikel 27 april ini..banyak isu yang KITA kan kupas...terukan memberi komentar ya...terima kasih sokongan semua.. :)

Neeya (Arus)
24 Apr 2008 10:19 mereka ada mata tapi di butakan matanya mereka ada hati tapi di matikan hatinya mereka ada telinga tapi d pekakan telinganya dan mereka ada akal fikiran tapi di letakan dalam tong sampah..sungguh mereka2 yg membuang bayi ini tidak layak di panggil manusia ataupun binatang kerna binatang pun tidak membuang anak mereka..salah satu faktor yg menyumbang pd perkara berikut adalah kurangnya pengetahuan "Sex Education" dan dan tabota masyarakat kita yg suka amik remah tentang perkara beginilah yang lama kelamaan mgundang malapetaka pada masyarakat kita..jadi kita harus memberi pendedahan tentang sex education pada semua dan bimbingan kepada yang bermasalah...tekanan membuatkan seseorg hilang kewarasan..jadi fikirlah sebelum bertindak!!!!! jgn biarkan kebodohan memusnahkan hidup kita!

padi the prankster
24 Apr 2008 10:18 pd pdpt ku..ia adalaha satu p'buatan yg tidak b'perikemanusiaan..cuba bygkan..jika bayi itu adalah kita sdiri..pastinya kita akn berasa sungguh sdih..krn diperlaku sebegitu rupa..seolah olah x wujud di bumi Allah ini..mereka yg melakukan perkara ini..tidak ubah seperti manusia yg sgt2 jahil..tidak memikirkan apa yg akn berlaku seterusnyer..pelbagai risiko yg bleh dihadapi oleh bayi itu..dan antaranya bayi itu akn mati..kpd parents yg x b'tanggungjwb tu..fikirlah dahulu sebelum m'buangya..krn jika bayi itu mati..parents tu buleh dianggap m'bunuh..jgn la b'pkir t'lalu pendek..krn ada yg diluar sana..sudah b'kahwin 10 thn..tp masih ada lg yg x dikurniakan zuriat..tp mereka yg da ada zuriat secara hram..nak m'buangnya scara sengaja..apalah salahnye..jika bayi itu dihantar ke pusat kebajikan @ diserahkan kpd pihak yg b'tanggung jwb.. jgn lah t'lalu pntingkan diri sdiri..tanpa memikirkan tentang nasib bayi itu..krn mereka pun nak hidup di bumi Allah ini juga..kasihanilah mereka..krn thp p'buangan bayi Di Malaysia meningkat saban thn..fikirlah tentang masa hadapan negara..kitalah penentu masa depana negara..sama ada jatuh bgn nyer negara..itu semua berada di tgn kita..

Community of K.I.T.A
24 Apr 2008 10:03 harap kalian dapat menyebarkan nye.. :) tq

Tora Radio Friendly
24 Apr 2008 9:42 mulia binatang dari manusia... oh malunya... kerana manusia adalah makhluk allah yang lebih mulia... tetapi mengapa binatang lebih berakal dari manusia...

L[i]MT[a]T
Apr 30, 2008 1:27 AM lorr..simple maa..PLAY SAFE!! use CONDOM..jika takut terpancut dalam..

wAnmOc
Apr 29, 2008 11:00 PM DUNIA DH X STABILLLLLLLLLL!!!! anda SEUtuju????

+xX[J]iJ[i]Xx+
Apr 29, 2008 10:26 PM kerana seks bebas lah! diowg yang buat ni x berfikir panjang!! kesian bayi tersebut!! dah lah dibuang!! pas2 x dapat merasa nikamt syurga dan seksa neraka!! apa nk jadi!!! please lahDUNIA NK KIAMAT!! jgn lakuakn nyer!!! come on!! KITA msti wat satu kempen!!! "BELIA BENCI FREE SEX"!! xjijix

MeReNung Ke LaNgiT LaGi
Apr 29, 2008 9:29 PM First thing yg terkeluar dri mulut aku bli bce topic nie ialah "SUBHANALLAH".Kenapa lah mereka sanggup membuang darah daging mereka sendiri..apkah salah bayi2 kecil itu..mereka tidak bersalah.Bila awek dn pakwe berjumpa,masing-masing bukan maen ske,nafsu naik,seks bebas bermula.Sedar x sedar awek dh termengandung..Bile awek dh mengandung,pakwe suh gugurkan,tpi awek tkut nk gugurkan,so dia lahirkan bayi tu,tpi pakwe marah dan tak suka anak itu,lgipun pkwe takde keje nk bg anak mkn ape nnti.so awek pun terpakse lah buang anak tu.time buang anak tak pikir pnjang..mnelah taw anak yang dibuang itu membesar dan menjadi seorang yg berjya,seorang guru atau mungkin seorang pemimpin.Walaubagaimanapun,Ketahuilah Wahai Umat2 Manusia Yg Pernah Membuang Anak Sendiri..HIdup Anda Tidak Akan Selamat Di Dunia Dan DI AKhirat.PERCAYALAh

aQqi >.<>
Apr 29, 2008 7:53 PM 1stly, banyak aspek punca pembuangan bayi ni.. - ia bermula dengan KELUARGA, which mean, parent tak amik kisah pasal hidup anak mereka, dengan sape mereka keluar, balik lewat tgh malam x kisah.. - then AGAMA, kurang nye didikan agama dlm kalangan mereka 1 punca diorang terjebak dlm kancah ni.. - BEBAS, pergaulan bebas antara boy & gurl, menyebabkan mereka melebihi batas-batas p'gaulan - LOVE, konon nye gurl nak buktikan cinta mereka pada boy shingga sanggup menyrahkan tubuh, atau boy yg mintak gurl serahkan tubuh.. - MARUAH, biler dah pregnant, xnak gugur tapi nak jage.. takut maruah tercalar, di buang keluarga atau ape saje.. mereka membuang anak tersebut.. cam ner? ok x? hehehe

aisya a.k.a bem!!!
Apr 29, 2008 7:43 PM b4 wt xmao pk pjg.. da jdk cmnie tau plakK nk nyesal.. no minus r owg2 y wt 2.. kat dunie nie leh r nk lari dr kyataan.. tp bkn kat SNE nnt..

Community of K.I.T.A
Apr 29, 2008 7:34 PM thanks u guys..sebar2kan den forward other opinion to me..tq..

LIBeRTE’
Apr 29, 2008 7:18 PM Yes,seks bebas la punca semua ni!! sokong pendapat cik madey!!

ThiS Is mE
Apr 29, 2008 7:18 PM seriously org kte mmg pkr pendek jek...... bayi yg xberdose jd mangse...... atleast jgn la buang kat tong sampah ke tepi jalan ke.....bg kat umah kebajikan kan elok.....bknnye bayi 2 bende xbernyawe yg boleh dbuang2.....binatangpown syg kan anak....adakah kite sbg manusie lbh teruk dari binatang.....buat sesuatu tampa berfikir n bertindak dluar batsan perikemanusiaa.....to communiti of K.I.T.A aku salute korg wat kempen tu....keep up the good work.....

Madey Finger Inc PSB K.I.T.A
Apr 29, 2008 7:10 PM Yang terbaru di Alor Setar...mayat bayi dijumpai atas kotak pos surat, kalu kt atas tanah mesti anjing2 dh mkn...=<

Tuesday, July 15, 2008

BAND SCHEDULE UNTUK FESTIVAL MUZIK KITA , 20 JULAI INI

100 PTG : BOOTH STEUP /CROWD DH LEH KASI MASUK ( BAND OPENING SETUP TRUS )

200 PTG : DEAD IN PROTEST

230 PTG : LOLYPOP

300 PTG : UCAP2 SKIT OLEH MC

315 PTG : JUNO HANA

345 PTG : REDEMPTION

415 PTG : THE CLOSED

445 PTG : PRICELEES STUPID BOX

515 PTG : DEWATA

545 PTG : 26 ELEVEN

615 PTG : LOVELY CARNATION

645 PTG : NOVELEA

BEREEEKKK !!!

715 MLM : AKTA ANGKASA

745 MLM : LAILA LOUNGE

815 MLM : OH CHENTAKU


DAN TEES KITA YANG BARU PUN AKAN RELEASE HARI ITU..HARGA PROMOTION OK...JADI JANGAN KETINGGALAN :) NNT NYESAL...


TS - 004 (( S,M,L & XL )) HARGA PENGENALAN RM 22 BIASA RM25

Photobucket



TS - 005 (( S,M,L & XL )) HARGA PENGENALAN RM 22 BIASA RM25


Photobucket


LIMITED EDITION (( S,M,L & XL )) HARGA PENGENALAN RM 25 BIASA RM 28


Photobucket

Wednesday, June 25, 2008

DOAKAN KESIHATAN BABAH CIK NINA

Gambar diambil dari luar kaca..maaf kurang jelas

Pada Sabtu lepas,22 Jun 2008 tepat jam 11.36 malam babah dibawa ke Hospital setelah disedara kaki beliau telah bengkak kedua-duanya.Sesampainya doktor memberitahu agar memberitahu keluarga terdekat supaya dapat berkumpul.Dan menyuruh sekeluarga bersedia akan sebarang kemungkinan..
Dalam jam 2.30 pagi babah dimasukkan ke wad CCU dalam keadaan tidak sedarkan diri,jantung sudah tidak mampu mengepam darah,terdapat komplikasi paru-paru bengkak.
Sebetulnya hanya dalam masa 70 jam beliau ditidurkan bagi menstabilkan jantung dan membuang lebihan air yang terdapat pada paru-paru,namun sehingga kini beliau tidak sedarkan diri..
Diharap kalian dapat mendoakan babah Cik Nina agar cepat sedar dan kembali stabil sehingga sedia kala..



Ibu Angkat K.I.T.A di wad

Cik Nina dan Makcik Mariyam@ pgglan manja fauziah..

Cik Wee berborak-borak..

Makcik Fauziah atau nama sebenarnya Mariyam ,78 tahun kini ditahan diwad C4 blok Cempaka,Hospital Sultanah Aminah akibat kencing manis yang tinggi.
Kebetulan Cik Nina bertemu beliau sewaktu nurse membawa beliau masuk ke dalam wad.Makcik Fauziah sudah diangkat menjadi Ibu Angkat The Community of K.I.T.A pada 29 mac 2008 kelmarin di sini lantaran kehadiran beliau ke booth KITA sempena event Kami Tak Lalai sedikit masa dulu...
Kebetulan teman-teman HATI KITA melawat babah Cik Nina yang turut berada di WAD CCU ( pemulihan jantung ) mereka sekali melawat Makcik Fauziah :) ternyata beliau yang memang tidak pernah berkahwin amat gembira...
Semoga Makcik Fauziah sehat dengan segela...
Sesiapa yang ada kelapangan silalah melawat Makcik,pasti dia gembira... :)

DONATION FOR ABANG AZMI

Perhatian semua:-
>Kawan kita, Faizi a.k.a obe seorang rakan yang kita kenali sedang menghadapi masalah di mana abang iparnya,Abg Azmi, 37 tahun menderita kanser paru-paru yang kini sel-sel tersebut telah merebak ke jantung. Doktor menjangkakan tahap kesihatan beliau akan semakin merosot dari masa ke semasa berdasarkan laporan perubatan. Pilihan yang ada hanyalah rawatan kemoterapi yang memaksa beliau berulang-alik dari Kluang ke Johor Bahru setiap minggu untuk 12 kali sesi rawatan tersebut. Rawatan ini memerlukan belanja sekurang-kurangnya RM50+ setiap sesi dan ini belum termasuk kos perjalanan. Setakat artikel ini dilaporkan, 3 kali sesi sudah dijalani.


Isteri beliau, Noraizan merupakan surirumah sepenuh masa yang mana hanya mengambil upah menjaga anak jiran seramai 3 orang. Anak-anak mereka sendiri adalah seramai 3 orang; 2 bersekolah masing-masing berusia 14 tahun dan 8 tahun. Yang kecil baru berusia 4 tahun. Anak yang sulung, Mohd Akmal menderita sakit jantung yang dihidapinya sejak berusia 3 tahun. Anak ini akan menjalani pembedahan by-pass pada bulan Ogos ini.


Majikan Abang Azmi, Southern Waste Management (SWM) kini dalam proses menamatkan perkhidmatan beliau sebagai buruh kerana beliau sudah tidak mampu melakukan kerja-kerja rutin di syarikat itu. Menambahkan lagi kemelut yang ditanggung, pampasan tidak akan diberikan oleh SWM kerana sudah termaktub dalam perjanjian kerja yang tidak akan melindungi kebajikan pekerja yang jatuh sakit bukan sebab kemalangan.


Untuk pengetahuan anda semua, kutipan derma pertama telahpun dikumpul dan dihulurkan kepada keluarga ini ketika lawatan saya dan rakan-rakan lain pada 8 Ogos lepas. Usaha ini masih diteruskan bagi meringankan beban mereka sekeluarga terutamanya kos perbelanjaan rawatan kemoterapi dan perjalanan bagi setiap minggu. Kutipan derma ini berterusan sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.



Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut dan ingin memberikan sumbangan kepada keluarga ini,sila hubungi saya di www. myspace. com/nottybread16 atau email di nottybread16@yahoo.com. Bantuan amat dialu-alukan kerana keadaan Abang Azmi semakin membimbangkan.


Ingin diingatkan di sini, mereka ini mungkin bukan dari komuniti kita tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh berbakti kepada mereka. Jangan abaikan masyarakat luar hanya kerana mereka tidak seperti kita. Semua ini tidak akan menjadi reallti jika usaha ini tidak mendapat sokongan padu dari anda semua.



"Yes, we are not equal in the theory of mainstream world but at least we can contribute something towards society.

We still have the ethic of equalism in ourselves which leads us to make world a better place for all of us"

Ini gambar yang diambil pada 18 Jun lepas...

Photobucket

*** kepada HATI KITA inilah masanya untuk menunjukkan keprihatinan kita,walau sedikit namun pasti mampu meringankan sedikit beban ABG AZMI..semuga abang azmi kuat menempuh hari2 mendatang.InsyaALLAH...
kutipan juga akan dibuat di setiap event yang KITA sertai...*****

Cik Nina
The Comunity Of KITA

Mari kita BERGEMBIRA dan MEMBANTU

Photobucket
ABM dapatkan TEES K.I.T.A dengan hanya RM 20 ringgit...jangan ketinggalan!!!!sementara stok masih ada...



Support KITA disini,dapatkan stuff2 KITA yang menarik...

K.I.T.A NEXT EVENT

Photobucket

Dianjurkan oleh : Festival Musik K.I.T.A
Tarikh : 20 Julai 2008
Masa : 2 Petang sehingga tamat
Tempat : CT CAFE,City Plaza.Johor Bahru

TUJUAN ACARA DIADAKANIni adalah acara untuk mengumpul dana bagi Rumah Bakti Johor Bharu dalam mengumpul buku-buku yang bertujuan mengisi kekosongan pondok bacaan buat anak-anak yatim di disitu.Acara ini adalah acara yang melibatkan ahli-ahli sukarelawan KITA yang sudah menjangkau angka 300 orang dalam masa 5 bulan penubuhan.Ianya adalah satu jumlah yang begitu membanggakan.


  • PENGISIAN

    -Persembahan dari band-band local
    -Jualan sambil menderma oleh brand-brand local.
    -Memunggah dan mengasingkan segala sumbangan.
    -Dijalankan oleh ahli HATI K.I.T.A

Datanglah beramai-ramai dan tunjukkan keprihatinan anda..bawalah buku-buku ilmiah,permainan,pakaian atau apa saja bentuk sumbangan...

Semoga acara ini dapat mengekalkan sifat kemanusiaan kita.InsyaALLAH....



Friday, June 6, 2008

Charity D ‘ Merdeka ( Kita untuk semua )

Dianjurkan oleh : Community of K.i.T.A

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : 2 Petang – 1 pagi ( 31 ogos 2008 )

Tempat : Dewan Jubli Intan,Johor Bahru.


Tujuan Acara Diadakan
Ini adalah acara untuk mengumpul dana bagi Persatuan Kanak-Kanak Spastik Johor Bharu hasil kerjasama Bitz Studio yang dikelolakan oleh The Kommunity of K.I.T.A disamping menyambut acara malam di ambang merdeka.

(http://www.myspace.com/kitauntuksemua)

Acara ini adalah acara pertama melibatkan ahli-ahli sukarelawan K.I.T.A yang sudah menjangkau angka 300 orang dalam masa 5 bulan penubuhan K.I.T.A.Ianya adalah satu angka yang begitu
membanggakan.Juga turut mengalu-alukan orang awam

Acara Pengisian

Siang

· Bacaan naskah/buku/ blog dan Deklamasi sajak/puisi
· Persembahan akustika dan Sarkas Seni.
· Tayangan filem pendek dan teater oleh Republic Theater

Malam

· Persembahan band-band tempatan
· Jualan amal oleh brand-brand tempatan pengumpulan buku-buku rujukan terpakai.
· Tayangan filem pendek bertemakan kemerdekaan ( 10 Tahun sebelum merdeka )
· Penantian ambang merdeka
· Nyanyian lagu kemerdekaan dan negaraku
· Konsert akhir…

Band Persembahan
- Redemption
-Zubira
-The Rhaman
-Sharpshooter
-Psb
-Flow

dan banyak lagi....


MEMPELAWA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUKA BOOTH DAN PAMERAN TIDAK KIRA DALAM BENTUK APAPUN...SILA TINGGALKAN MESEJ DI SINI....

berserta :

NAMA :
LABEL / BRAND / KOMUNNITY :
EMAIL ADD :
NO TEL :
URL MYSPACE RASMI :

Tuesday, May 6, 2008

Kelas Tuisyen

Alhamdullilah KITA sudah berjaya mendapatkan bantuan pelajaran buat Anak-anak Rumah Barkat untuk kelas tuisyen.Dan sudha bermula 27 april lalu.Tetapi kini,KITA mengalami masalah pengangkutan kerana bus sekolah yang sedia ada untuk menganghantar dan mengambil mereka sudah tidak dapat berbuat demikian,diharap pihak-pihak yang budiman dan berhati dapat membantu dalam penyelesaian masalah ini..

Di sini sedikit butiran tentang kelas tuisyen Rumah Barkat :-

Tempat : Technovation Park,Tmn University.

Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 t/hari.

Hari : Ahad

Bil Pelajar : 33 orang

Mohon

Kebelakangan ini Cik NIna sangat sibuk kalau bukan dengan KITA,sibuk menghadiri gigs2 terdekat tanda sokongan.Dan seumpama seorang yang bukan siapa2 Cik Nina meletakkan diri ke lapisan paling bawah..atau sama rata dengan mereka-mereka diluar sana.Tidak minta diangkat dan dipuji...cukuplah setakat memberi sokongan dan kritikan.Sebut pasal kritikan Cik Nina sangat bersyukur atas segala apa yang telah Cik Nina dapatkan ... tak kirala berbaur penaik semangat.kehancuran,pengaiban dan segala macam rencah hidup.Dalam melakukan sesuatu Cik NINA begitu mempertaruhkan keikhlasan.Minta maAf sekiranya Cik NIna lambat membalas komen atau mesej2 kalian terkadang Cik Nina sibuk di pejabat...Cik NIna berterima kasih kepada kalian,kawan-kawan yang banyak memberi semangat.Buat pengkritik juga...sangat penting.Yer anda sangat penting!!!Nina sangat kuat kerana anda.Sangat senang melihat remaja diluar sana,keletah mereka mencuit hati..adik-adik yang ligat di legaran bergoyang mengikut rentak..."jangan lupa persekitaran KITA dik" penat berganti happy.Terkadang seperti menangis didalam hati bila sesuatu yang kita buat membuahkan hasil.Tidak perlu menjadi kaya.Cukup sekiranya mampu menyumbang sesuatu kepada yang lain.Alhamdullilah tujuan Nina mendapat sokongan daripada kalian semua..tahniah dan syabas buat kalian...ternyata anda masih mempunyai HATI...terusla menyokong Nina,
Satu lagi,Nina minta jangan ada yang bertanya siapa boss??atau presiden kita atau apepun pangkat dalam komunity ini....KITA SAMA SAJA,SATU LABEL,TIADA DIATAS DAN TIADA DIBAWAH....
Sekian,pinta NIna mengundurkan diri....ingat TIADA DIATAS DAN TIADA YANG DIBAWAH...KITA SAMA...adik-adik,kakak,abang,kawan dan kalian semua...penaik semangat Nina...sayang kalian selagi nyawa dikandung badan..

Friday, May 2, 2008

Layar K.I.T.A

Layar K.I.T.A

Kalau bercakap soal hati,
Datanglah pada kita,
Kerana kita,
Ingin terus ada untuk semua.

Kalau bercakap soal insan,
Disinilah segalanya kita,
Kerana kita ,
Ingin ada untuk semua.

Dilayar ini,
Kita celik melihat,
Atas,bawah,kiri dan kanan,
Melinau sekelling,
Yang penuh saudara dan anak-anak kita

Dilayar ini,
Kita mendengar cerita,
Depan belakang,luar dan dalam,
Pelanginya hidup,
Yang penuh warna dan rencahnya…

Disini,
dilayar K.I.T.A

KITA INGIN TERUS ADA
Untuk semua,
Menghulur tangan memberi harapan
Untuk semua,
Saudara dan anak-anak kita..

Untuk semua…..

terima kasih Gadis..

KITA INGIN TERUS ADA


Alhamdulillah Komuniti K.I.T.A telah pun selamat melancarkan satu Program Khas Kebajikan untuk Anak-anak yatim di gigs Accoustic di Legaran Segget Johor Bahru 27 APRIL 2008. Sebagai selaku CREW untuk Komuniti K.I.T.A saya sangat berbangga dengan Presiden K.I.T.A iaitu NINA JUHARI kerana dapat melaksanakan program berbentuk kebajikan+muzik seperti ini. Dengan matlamat K.I.T.A untuk membantu golongan orang tua, anak-anak yatim, golongan terbiar dan sebagainya baik di Malaysia ataupun Indonesia. Nina Juhari juga ada menyatakan bahawa komuniti ini juga berjaya menarik minat badan-badan NGO dan kerajaan untuk turut bekerjasama dengan komuniti ini untuk mencapai matlamat sebenar walaupun Komuniti K.I.T.A ini baru saja 2 bulan di tubuhkan. Ini adalah satu petunjuk yang sangat baik bagi warga K.I.T.A untuk meneruskan perjuangan membantu masyarakat yang dalam kedaifan di luar sana. Saya juga turut gembira dari respons Abang Zubira dan kawan-kawannya yang bertanyakan tentang Komuniti K.I.T.A ini. Mereka juga akan turut memberi sokongan pada Komuniti ini untuk terus bergerak ke hadapan. Pada rakan-rakan yang ada pada hari tersebut iaitu Mahadi,Endy,Falis,Intan,Bai,Anis,Duwenk, adik-adik KITA dan yang lain-lain saya sebagai selaku Crew mengucapkan jutaan terima kasih kerana turut serta bersama Komuniti K.I.T.A untuk menjayakan Program berbentuk masyarakat ini. Saya juga berharap bukan sahaja badan-badan NGO dan Kerajaan saja yang menyokong tetapi rakan-rakan seangkatan di luar sana dan tidak kira siapa turut menyokong Komuniti K.I.T.A dari hari ke hari dan selamanya selagi K.I.T.A masih ada...(KITA INGIN TERUS ADA)

thx.

-wee-

Foto fute Sesi Akustik,,,

booth K.I.T.A sesak hari itu

Cik Nina


ArtdEEp decma & tchB dan endy Inspire Records

Laila's Lounge

Panas bukan halangan...

Suara KITA gabungan Malaysia dan Indonesia


Lovely Carnations



Zubira

and geng


Lely,bono and natalie

From Sampah Society..

Nota 27 April.

Langit terbentang luas, petang indah nyaman suasananya diiringi petikan gitar yang asyik. Begitulah yang dapat digambarkan bagaimana keadaan Event Community K.I.T.A Acoustic Session pada 27 April lalu bertempat di Legaran Segget Johor Bahru. Tempias dek kontroversi anti-Hujan yang melanda lalu, sebenarnya tidaklah menggambarkan penggiat Indie di Johor Bahru membenci Hujan dan Local Acts. Mereka turut terkilan dengan kejadian tersebut dan berharap ianya tidak berulang lagi. Mereka berharap keadaan dapat dipulihkan sediakala serta kerancakkan perkembangan Muzik Independent tidak terbantut akibat kontroversi itu.
Untuk mengetahui situasi yang sebenr, SampahSociety telah meninjau ke event K.I.T.A. Ini adalah event pertama selepas kontoversi anti-Hujan. Kami ingin melihat ‘aftermafth’ yang berlaku.
3.00 petang event bermula. Ramai muda-mudi mula memenuhkan Legaran Segget. Panas terik tidak menjadi penghalang untuk muda-mudi bersama memeriahkan event ini. Booth-booth clothing telah dibuka awal. Antara clothing label yang terlibat ialah Ribut, Inspire Record, K.I.T.A, Muat Muart Aje dan banyak lagi. Manakala band yang membuat persembahan ialah Blood Of Ina yang merupakan band jemputan sari dari Indonesia, Carbon4Teen, Glory Of Pesona, Honey B, Laila’s Lounge, Lolly Pop, Lovely Carnation, Matahari, Psychedelic, Secret Silence, Zubira feat Ray serta bacaan puisi indah oleh Adi Laila’s Lounge. Penulis termanggu-manggu seketika memerhati keadan sekeliling. Wah, nampaknya Demam Indie benar-benar merubahkan fesyen muda-mudi Johor Bahru. Penulis lihat banyak muda-mudi ni memakai ‘mafla’ di leher. Walaupun tengah panas. Alamak dik, tak berpeluh ke? Takpe la, layan je asal style. Band pertama yang memulakan persembahan ialah Matahari. Em, sungguh berani dan gigih band-mate ni petik gitar. Bagus2. Teruskan berkarya.
Penulis berjumpa dengan Geng Inspire Record. “Eh, kau bukan dak Penang ke? Jauh kau ke sini?”, tanya mereka. Penulis tinggal di Johor. Study ja kat Penang. Penulis membeli CD Rumi dari Inspire Record. Band Rumi adalah pecahan dari band Telebury.
Booth Inspire Record
Singgah pula ke MuzikBox. Cari Bro Fadil. Tiada. Alamak, lama tak jumpa, baru nak bertanyakan tentang Konsert D’Selatan yang akan bakal berlangsung bulan Jun nanti. Beli CD Lacuna Coil. Yay! Dapat juga mencarinya.
Lepak semula. Terserempak dengan BOS K.I.T.A iaitu Cik Nina Juhari. Dia sibuk. Mungkin nanti baru boleh berbual. Tiba-tiba Lely dari Radiogirl datang menyapa. Fuh. Memang ang penyelamat keadaan aku la Lely. Kalau tak mati-kutu-bosan aku kat sini. Adi (vokalis Laila’s Lounge) dan Lely ajak minum. Yay! Best! Banyak rakan taulan penulis dapat kenali semasa minum-minum bersama rakan-rakan Adi dan Lely. Penulis mengenali Natalie. Beliau juga seorang organizer yang banyak menganjurkan gig di Johor Bahru. Terbaru gig yang dianjurkan ialah Why Milk? di Taat House pada Mac lalu. Tidak ketinggalan Cik Bono, vokalis SevenSixthAvenue (betulke aku eja ni? ish?). Ramai lagi yang penulis kenali. Cuma maaf la kalau tak dapat sebutkan. Tak ingat kesemuanya. Sori.. Ha, aku ingat! Amer, anak gitaris Laila’s Lounge. Series memang aktifcomel si Amer tu.
Lely, Bono dan Natalie
Bood Of Ina
Adib (Decma&TCHB) dan Andy Inspire Record
Zubira feat Ray
Habis minum, lepak balik di event. Melihat persembahan Carbon4Teen. Semakin ramai memenuhi event. Pakcik dan makcik, kanak-kanak dan juga ‘pelancong asing’ terpana melihat persembahan band-band terlibat. Terjumpa pula Adib (gitaris Decma&TheCouldHaveBeen). Halamak. Lagilah best, borak-borak panjang.
Kemudian, penulis mengadakan sesi temuramah dengan Adi (vokalis Laila’s Lounge). Banyak input dapat diambil dari temuramah ini, lebih-lebih lagi perkembangan Local Act kini. Penulis dan Adi bersetuju muzik tidak sepatutnya didiskriminasikan. Sebaliknya cukuplah muzik sekadar dikategorikan. Jika sesebuah muzik didiskriminasikan, sesebuah scene tidak akan berkembang dan bakal menjadi kontroversi seperti yang berlaku dalam kes anti-Hujan. Disamping itu, Adi dan penulis juga bersependapat bahawa D.I.Y mempunyai maksud yang luas yang tidak tertumpu kepada sesuatu yang pokok atau mutlak. Ini bermakna D.I.Y boleh muncul dari pelbagai tafsriran. D.I.Y boleh disesuaikan mengikut iklim scene muzik itu sendiri. Kerana yang terpenting dalam D.I.Y ialah matlamatnya. Adakah untuk kepuasan atau keuntungan? Pastinya, perihal D.I.Y ini mempunyai konta dan pro-kontra tersendiri. Terpulang kepada pendapat setiap orang untuk mencorakannya. “Art itu adalah Sampah Yang Bernilai” antara kata-kata menarik yang diutarakan Adi dalam temuramah ini.
Masa yang tepat. Selepas mendengar band Zubira mengalunkan lagu-lagu Rock N Roll yang lama dirindukan. Penulis berpeluang menemuramah Boss The Community Of K.I.T.A iaitu Cik Nina Juhari. Bertanyakan tentang K.I.T.A dan matlamatnya. Cik Nina berkata bahawa K.I.T.A ditubuhkan bagi membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik seperti kanak-kanak yang terbiar, orang kurang upaya, kaum tua yang tidak mendapat perhatian serta mangsa-mangsa kes sosial. Tidak dinafikan bahawa semakin pesat Johor Bahru membangun, ramai yang terlupa akan kewujudan mereka-mereka yang tidak bernasib baik. Kewujudan K.I.T.A adalah untuk meringankan beban mereka. K.I.T.A menggunakan muzik sebagai pendekatan kerana mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa muzik bukanlah terikut kepada perkara keburukkan seperti alkohol. Sebaliknya, muzik seharusnya boleh dibawa ke jalan beramal untuk kebaikkan seperti kutipan jualan amal yang dilakukan hari ini. Usaha K.I.T.A bagi penulis seharusnya dipuji dan penulis merasakan K.I.T.A patut meneruskan perjuangannya. Cik Nina juga mengatakan bahawa K.I.T.A adalah BERBEZA dengan komuniti ClickAChild yang bertapak di Kuala Lumpur. Perbezaan itu adalah dari segi cara dan hala tuju. Cik Nina juga berkata, K.I.T.A juga giat melibatkan diri dengan penganjuran gig yang digunakan untuk memperkenalkan kugiran-kugiran baru dari Johor Bahru. Bertanyakan tentang kes anti-Hujan tempoh hari, Cik Nina mengatakan bahawa mereka BUKANLAH PENGANJUR event tersebut. Sebaliknya, mereka hanya co-supporter sahaja. Ramai yang telah salah faham dan Cik Nina harap ia dapat diperbetulkan. Tentang kes itu, Cik Nina berharap keadaan akan dapat pulih seperti biasa dan usahlah bertelingkah lagi kerana ianya hanya membawa kepada keburukkan.
Boss K.I.T.A , Nina Juhari
Pukul 6.00 petang. Setelah selesai temuramah. Tiba masanya untuk berhibur. Semestinya ramai crowd yang hadir mahu melihat Laila’s Lounge beraksi. Yeah! Mawar Khayalan. Memang penulis layan lagu ini. Nantikan untuk review Laila’s Lounge di myspace SampahSociety akan datang.
Laila’s Lounge
Sejuk. Aman dan tiada sengketa. Itulah keadaan sebahagian scene Johor Bahru kini. Bukanlah seperti yang digambarkan sebelum ini yang melabelkan scene Johor Bahru adalah scene pelik, gila dan menyusahkan. Tidak. Ianya sama sahaja di mana-mana lokasi seluruh Malaysia. Disini, ianya juga bebas. Tiada sekatan. Tiada polemik. Open event seperti ini adalah buktinya. Minda kebanyakkan penggiat Indie di Johor Bahru kebanyakkannya juga adalah dari minda yang waras. Mereka bersatu hati dan bersependapat bagi memajukan scene Johor Bahru atas satu nama iaitu MUZIK. Kesimpulannya? Usahlah takut untuk datang mengadakan persembahan atau menyaksikan gig di Johor Bahru. Mereka semua menerima dengan hati yang terbuka. Persengketaan biar dilupakan dan dijadikan pengajaran untuk menempuh hari-hari esok. Akhir kata, “Kesilapan diperbetulkan, bukanlah dicanangkan. Kebaikkan di ikuti, bukanlah didendami“

Sekian,

credit ; SampahSociety

Thursday, May 1, 2008

Cenderamata dari K.I.T.A

Sticker RM 2 ( s-001/black ) (s-002/pink) ( s-oo3/blue) (s-004/green )


Button RM 5 ( b-008 )

Bershooping sambil beramal bersama K.I.T.A





ts oo1

ts 002


ts oo3


( xs,s,m & L ) RED,WHITE,YELLOW AND BLACK


Untuk tempahan sila hubungi K.I.T.A disini ;


sertakan butiran anda :

Nama :

Alamat :

No tel :

Email Add :

Code item :

Size dan warna :
Harga untuk penghantaran secara pos:
Sehelai :RM25 (harga asal sehelai tees) + RM 7 (penghantaran)=RM32
2 helai dan seterusnya :RM50 (harga asal untuk 2 helai) + RM 7 (penghantaran untuk sehelai pertama) + RM 3 (Penghantaran untuk sehelai kedua) = RM 59
Harga penghantaran sehelai atas tangan:
RM 25 (harga asal untuk sehelai tees) + RM 3 (Penghantaran terus kepada anda)= RM28
Harga belian terus dari booth K.I.T.A = RM 25
email tempahan anda melalui email KITA




Support Band | Brand local 100 %

Support Band Brand local 100 %
DAPATKAN INI DI BOOTH K.I.T.A

Photobucket

Photobucket
Harga jualan di mana-mana booth event : RM 25 sehelai
Harga untuk penghantaran secara pos:
Sehelai :RM25 (harga asal sehelai tees) + RM 7 (penghantaran)=RM32
2 helai dan seterusnya :RM50 (harga asal untuk 2 helai) + RM 7 (penghantaran untuk sehelai pertama) + RM 3 (Penghantaran untuk sehelai kedua) = RM 59
Harga penghantaran sehelai atas tangan:
RM 25 (harga asal untuk sehelai tees) + RM 3 (Penghantaran terus kepada anda)= RM28
untuk tempahan masuk ke www.myspace.com/kitauntuksemua atau kitauntuksemua@yahoo.com


Photobucket
Harga jualan di mana-mana booth event : RM 28 sehelai
Harga untuk penghantaran secara pos:Sehelai :RM28 (harga asal sehelai tees) + RM 7 (penghantaran)=RM352 helai dan seterusnya :RM56 (harga asal untuk 2 helai) + RM 7 (penghantaran untuk sehelai pertama) + RM 3 (Penghantaran untuk sehelai kedua) = RM 66
Harga penghantaran sehelai atas tangan: RM 28 (harga asal untuk sehelai tees) + RM 3 (Penghantaran terus kepada anda)= RM31
Harga untuk sebiji Button = RM 3 (1 button)
untuk tempahan atau..masuk ke www.myspace.com/kitauntuksemua atau click pada pautan disebelah.. atauemail pada saya di kitauntuksemua@yahoo.com.

Aktiviti berterusan

K.I.T.A mengumpul buku-buku serta pakaian terpakai untuk diagihkan ke rumah-rumah anak yatim sekitar Johor Bahru dan Indonesia...Semoga dapat membantu mereka dalam meringankan beban...


CINTAI MUSIK SAHAJA TIDAK CUKUP....MENDERMALAH SAMBIL BERHIBUR...
BAWALAH BUKU-BUKU TERSEBUT DI GIG seperti tarikh diatas atau bila2 saja di gig yang terhampir kt area JB...Kami ada di sana...
Photobucket




Acara Seterusnya..untuk bulan May

NEXT SHOWING

Mari kita BERGEMBIRA dan MEMBANTU


Photobucket

Photobucket

Photobucket


KITA ulung kalinya...mempersembahkan

Photobucket

Tujuan Acara DiadakanIni adalah non-profit event untuk mempromosi objektif Community of KITA )Acara ini adalah acara pertama melibatkan ahli-ahli sukarelawan KITA yang sudah menjangkau angka 200 orang dalam masa 3 bulan pertama penubuhan KITAIanya adalah satu angka yang begitu membangkakanDan inilah acara bagi memperkenalkan komuniti ini dan secara langsung memberitahuan apa itu KITA serta membuka mata mereka diluar sana untuk mengetahui apa objektif KITA,turut memeriahkan ;

Brand

•ILove JB•Mido connection•Love Star•Warna warni•KITABooth•Inspire Record•Woots Clothing •Embrace Records•The Ditch Project •Two6'circleurdsgn•Bunga Design•Durjana Art•tHe EnLigHtEnMent COrner•Muat Muart•Ribut Design

Band Persembahan

•Blood of Ina (Indonesia)•Carbon 4 Teen•Glory of Pesona•Honey B•Laila’s Lounge•Lolypop•Lovely Carnation•Matahari•Psychedelic•Secret Silence•Zubira feat Ray

ArtWork

•Aida Visual•Contengan suka suka KITA by Arus

Kerjasama

•MBJB•Auntie Sal’s Bistro •Ahhu Music•DMSSB ( Downtown Maintainance Services Sdn Bhd )•Pusat Serenti•Desa Damai

Community of K.I.T.A

Community of K.I.T.A adalah sebuah komuniti bebas yang menjalankan perkhidmatan kesukarelawan mula ditubuhkan pada 5 Februari 2008 dengan lebih 100 ahli HATI K.I.T.A.Berpusat dibandaraya Johor Bahru. K.I.T.A yang bermaksud Kita Ingin Terus Ada untuk semua bertujuan membawa mereka diluar sana membuat bakti serta membuat kerja kemasyarakatan. Objektik K.I.T.A adalah untuk mengekalkan sifat kemanusiaan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan sekeliling kita,ianya termasuk lah kebersihan negara,orang kurang upaya,anak-anak yatim,kanak-kanak dan orang tua.Kami ingin mendekati mereka agar semua merasa dihargai kerana kita adalah untuk semua K.I.T.A juga membawa mesej yang kita semua juga insan dan bukan pemangsa yang laparkan korban mangsa.Tiada keganasan terhadap kanak-kanak dan tiada lagi penindasan antara manusia itu misi K.I.T.A. Oleh itu,penubuhan komuniti bebas ini harap dapat membawa ramai lagi mereka diluar sana menyertai kami dalam menjayakan misi serta objektif kami.Maka dapatlah kita dan HATI K.I.T.A yang lain merasakan kepuasan dan ukhwahnya
Kenapa K.I.T.A ditubuhkan??
K.I.T.A memberi ruang ini kepada sesiapa sahaja terutamanya remaja yang terpanggil untuk beramal dengan minat dan obses mereka,dalam membuktikkan apa yang mereka lakukan mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat.Tak kira dalam bentuk musik,art dan cabang seni yang pelbagai. Dengan landasan yang betul dan mampu diterima oleh sesiapa juga.K.I.T.A tidak membataskan siapa yang boleh beramal.Malah menekankan sesiapa juga boleh beramal tanpa menilai luaran individu atau kelompok itu. Dengan ini,diharap kita sama-sama tak kira dalam apa juga bentuk dapat bersatu dan membuat masyarakat luar bangga dan percaya bahawa kita juga mampu sekaligus menyedarkan masyarakat bahawa apa yang kita salurkan mempunyai objektif untuk bangsa,negara dan seluruhnya.
Bagaimana boleh tertubuhnya K.I.T.A??
Ini adalah satu jenis kesedaran dimana kita adalah untuk semua,mungkin diluar sana berminat dalam membuat kerja amal,namun tidak tahu bagaimana dan dengan cara apa.Jadi pengasas tidak bersikap pentingkan diri sendiri,dengan mengajak semua kawan-kawan dimana sahaja untuk menyumbang apa juga bentuk amal kepada mereka yang memerlukan,mungkin tidak perlu keluar dari rumah dan mengambil masa yang lama.Seperti yang kalian sedia maklum,activity berterusan KITA adalah mengumpul buku-buku terpakai dan akan ditapis untuk dihantar ke anak-anak jalanan INDONESIA dan ke rumah ank-anak yatim sekitar Johor Bahru.
Dengan activity ini pengasas kira boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Inilah ruang yang KITA cuba salurkan buat remaja-remaja dan sesiapa sahaja bagi mengekalkan sifat tolong menolong sesame KITA. Diharap kalian dapat menyokong objektif KITA dan menjadikan Kommunity ini sebuah community untuk semua tidak kira dimana anda berada,KITA juga mengharapkan saranan dan pendapat anda dalam menaikkan serta bentuk aktiviti yang kalian gemari. Apa yang anda mahu sumbangkan bagitahu kita,kita akan nilai dan cuba merealisasikan nya…INSYAALLAH apa yang baik selalu dipermudahkan asalkan KITA ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran.
Sekian,salam indah dari KITA.