Friday, May 2, 2008

Layar K.I.T.A

Layar K.I.T.A

Kalau bercakap soal hati,
Datanglah pada kita,
Kerana kita,
Ingin terus ada untuk semua.

Kalau bercakap soal insan,
Disinilah segalanya kita,
Kerana kita ,
Ingin ada untuk semua.

Dilayar ini,
Kita celik melihat,
Atas,bawah,kiri dan kanan,
Melinau sekelling,
Yang penuh saudara dan anak-anak kita

Dilayar ini,
Kita mendengar cerita,
Depan belakang,luar dan dalam,
Pelanginya hidup,
Yang penuh warna dan rencahnya…

Disini,
dilayar K.I.T.A

KITA INGIN TERUS ADA
Untuk semua,
Menghulur tangan memberi harapan
Untuk semua,
Saudara dan anak-anak kita..

Untuk semua…..

No comments: