Thursday, May 1, 2008

Community of K.I.T.A

Community of K.I.T.A adalah sebuah komuniti bebas yang menjalankan perkhidmatan kesukarelawan mula ditubuhkan pada 5 Februari 2008 dengan lebih 100 ahli HATI K.I.T.A.Berpusat dibandaraya Johor Bahru. K.I.T.A yang bermaksud Kita Ingin Terus Ada untuk semua bertujuan membawa mereka diluar sana membuat bakti serta membuat kerja kemasyarakatan. Objektik K.I.T.A adalah untuk mengekalkan sifat kemanusiaan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan sekeliling kita,ianya termasuk lah kebersihan negara,orang kurang upaya,anak-anak yatim,kanak-kanak dan orang tua.Kami ingin mendekati mereka agar semua merasa dihargai kerana kita adalah untuk semua K.I.T.A juga membawa mesej yang kita semua juga insan dan bukan pemangsa yang laparkan korban mangsa.Tiada keganasan terhadap kanak-kanak dan tiada lagi penindasan antara manusia itu misi K.I.T.A. Oleh itu,penubuhan komuniti bebas ini harap dapat membawa ramai lagi mereka diluar sana menyertai kami dalam menjayakan misi serta objektif kami.Maka dapatlah kita dan HATI K.I.T.A yang lain merasakan kepuasan dan ukhwahnya
Kenapa K.I.T.A ditubuhkan??
K.I.T.A memberi ruang ini kepada sesiapa sahaja terutamanya remaja yang terpanggil untuk beramal dengan minat dan obses mereka,dalam membuktikkan apa yang mereka lakukan mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat.Tak kira dalam bentuk musik,art dan cabang seni yang pelbagai. Dengan landasan yang betul dan mampu diterima oleh sesiapa juga.K.I.T.A tidak membataskan siapa yang boleh beramal.Malah menekankan sesiapa juga boleh beramal tanpa menilai luaran individu atau kelompok itu. Dengan ini,diharap kita sama-sama tak kira dalam apa juga bentuk dapat bersatu dan membuat masyarakat luar bangga dan percaya bahawa kita juga mampu sekaligus menyedarkan masyarakat bahawa apa yang kita salurkan mempunyai objektif untuk bangsa,negara dan seluruhnya.
Bagaimana boleh tertubuhnya K.I.T.A??
Ini adalah satu jenis kesedaran dimana kita adalah untuk semua,mungkin diluar sana berminat dalam membuat kerja amal,namun tidak tahu bagaimana dan dengan cara apa.Jadi pengasas tidak bersikap pentingkan diri sendiri,dengan mengajak semua kawan-kawan dimana sahaja untuk menyumbang apa juga bentuk amal kepada mereka yang memerlukan,mungkin tidak perlu keluar dari rumah dan mengambil masa yang lama.Seperti yang kalian sedia maklum,activity berterusan KITA adalah mengumpul buku-buku terpakai dan akan ditapis untuk dihantar ke anak-anak jalanan INDONESIA dan ke rumah ank-anak yatim sekitar Johor Bahru.
Dengan activity ini pengasas kira boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Inilah ruang yang KITA cuba salurkan buat remaja-remaja dan sesiapa sahaja bagi mengekalkan sifat tolong menolong sesame KITA. Diharap kalian dapat menyokong objektif KITA dan menjadikan Kommunity ini sebuah community untuk semua tidak kira dimana anda berada,KITA juga mengharapkan saranan dan pendapat anda dalam menaikkan serta bentuk aktiviti yang kalian gemari. Apa yang anda mahu sumbangkan bagitahu kita,kita akan nilai dan cuba merealisasikan nya…INSYAALLAH apa yang baik selalu dipermudahkan asalkan KITA ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran.
Sekian,salam indah dari KITA.

No comments: