Friday, May 2, 2008

terima kasih Gadis..

KITA INGIN TERUS ADA


Alhamdulillah Komuniti K.I.T.A telah pun selamat melancarkan satu Program Khas Kebajikan untuk Anak-anak yatim di gigs Accoustic di Legaran Segget Johor Bahru 27 APRIL 2008. Sebagai selaku CREW untuk Komuniti K.I.T.A saya sangat berbangga dengan Presiden K.I.T.A iaitu NINA JUHARI kerana dapat melaksanakan program berbentuk kebajikan+muzik seperti ini. Dengan matlamat K.I.T.A untuk membantu golongan orang tua, anak-anak yatim, golongan terbiar dan sebagainya baik di Malaysia ataupun Indonesia. Nina Juhari juga ada menyatakan bahawa komuniti ini juga berjaya menarik minat badan-badan NGO dan kerajaan untuk turut bekerjasama dengan komuniti ini untuk mencapai matlamat sebenar walaupun Komuniti K.I.T.A ini baru saja 2 bulan di tubuhkan. Ini adalah satu petunjuk yang sangat baik bagi warga K.I.T.A untuk meneruskan perjuangan membantu masyarakat yang dalam kedaifan di luar sana. Saya juga turut gembira dari respons Abang Zubira dan kawan-kawannya yang bertanyakan tentang Komuniti K.I.T.A ini. Mereka juga akan turut memberi sokongan pada Komuniti ini untuk terus bergerak ke hadapan. Pada rakan-rakan yang ada pada hari tersebut iaitu Mahadi,Endy,Falis,Intan,Bai,Anis,Duwenk, adik-adik KITA dan yang lain-lain saya sebagai selaku Crew mengucapkan jutaan terima kasih kerana turut serta bersama Komuniti K.I.T.A untuk menjayakan Program berbentuk masyarakat ini. Saya juga berharap bukan sahaja badan-badan NGO dan Kerajaan saja yang menyokong tetapi rakan-rakan seangkatan di luar sana dan tidak kira siapa turut menyokong Komuniti K.I.T.A dari hari ke hari dan selamanya selagi K.I.T.A masih ada...(KITA INGIN TERUS ADA)

thx.

-wee-

No comments: