Tuesday, May 6, 2008

Kelas Tuisyen

Alhamdullilah KITA sudah berjaya mendapatkan bantuan pelajaran buat Anak-anak Rumah Barkat untuk kelas tuisyen.Dan sudha bermula 27 april lalu.Tetapi kini,KITA mengalami masalah pengangkutan kerana bus sekolah yang sedia ada untuk menganghantar dan mengambil mereka sudah tidak dapat berbuat demikian,diharap pihak-pihak yang budiman dan berhati dapat membantu dalam penyelesaian masalah ini..

Di sini sedikit butiran tentang kelas tuisyen Rumah Barkat :-

Tempat : Technovation Park,Tmn University.

Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 t/hari.

Hari : Ahad

Bil Pelajar : 33 orang

Mohon

Kebelakangan ini Cik NIna sangat sibuk kalau bukan dengan KITA,sibuk menghadiri gigs2 terdekat tanda sokongan.Dan seumpama seorang yang bukan siapa2 Cik Nina meletakkan diri ke lapisan paling bawah..atau sama rata dengan mereka-mereka diluar sana.Tidak minta diangkat dan dipuji...cukuplah setakat memberi sokongan dan kritikan.Sebut pasal kritikan Cik Nina sangat bersyukur atas segala apa yang telah Cik Nina dapatkan ... tak kirala berbaur penaik semangat.kehancuran,pengaiban dan segala macam rencah hidup.Dalam melakukan sesuatu Cik NINA begitu mempertaruhkan keikhlasan.Minta maAf sekiranya Cik NIna lambat membalas komen atau mesej2 kalian terkadang Cik Nina sibuk di pejabat...Cik NIna berterima kasih kepada kalian,kawan-kawan yang banyak memberi semangat.Buat pengkritik juga...sangat penting.Yer anda sangat penting!!!Nina sangat kuat kerana anda.Sangat senang melihat remaja diluar sana,keletah mereka mencuit hati..adik-adik yang ligat di legaran bergoyang mengikut rentak..."jangan lupa persekitaran KITA dik" penat berganti happy.Terkadang seperti menangis didalam hati bila sesuatu yang kita buat membuahkan hasil.Tidak perlu menjadi kaya.Cukup sekiranya mampu menyumbang sesuatu kepada yang lain.Alhamdullilah tujuan Nina mendapat sokongan daripada kalian semua..tahniah dan syabas buat kalian...ternyata anda masih mempunyai HATI...terusla menyokong Nina,
Satu lagi,Nina minta jangan ada yang bertanya siapa boss??atau presiden kita atau apepun pangkat dalam komunity ini....KITA SAMA SAJA,SATU LABEL,TIADA DIATAS DAN TIADA DIBAWAH....
Sekian,pinta NIna mengundurkan diri....ingat TIADA DIATAS DAN TIADA YANG DIBAWAH...KITA SAMA...adik-adik,kakak,abang,kawan dan kalian semua...penaik semangat Nina...sayang kalian selagi nyawa dikandung badan..

Friday, May 2, 2008

Layar K.I.T.A

Layar K.I.T.A

Kalau bercakap soal hati,
Datanglah pada kita,
Kerana kita,
Ingin terus ada untuk semua.

Kalau bercakap soal insan,
Disinilah segalanya kita,
Kerana kita ,
Ingin ada untuk semua.

Dilayar ini,
Kita celik melihat,
Atas,bawah,kiri dan kanan,
Melinau sekelling,
Yang penuh saudara dan anak-anak kita

Dilayar ini,
Kita mendengar cerita,
Depan belakang,luar dan dalam,
Pelanginya hidup,
Yang penuh warna dan rencahnya…

Disini,
dilayar K.I.T.A

KITA INGIN TERUS ADA
Untuk semua,
Menghulur tangan memberi harapan
Untuk semua,
Saudara dan anak-anak kita..

Untuk semua…..

terima kasih Gadis..

KITA INGIN TERUS ADA


Alhamdulillah Komuniti K.I.T.A telah pun selamat melancarkan satu Program Khas Kebajikan untuk Anak-anak yatim di gigs Accoustic di Legaran Segget Johor Bahru 27 APRIL 2008. Sebagai selaku CREW untuk Komuniti K.I.T.A saya sangat berbangga dengan Presiden K.I.T.A iaitu NINA JUHARI kerana dapat melaksanakan program berbentuk kebajikan+muzik seperti ini. Dengan matlamat K.I.T.A untuk membantu golongan orang tua, anak-anak yatim, golongan terbiar dan sebagainya baik di Malaysia ataupun Indonesia. Nina Juhari juga ada menyatakan bahawa komuniti ini juga berjaya menarik minat badan-badan NGO dan kerajaan untuk turut bekerjasama dengan komuniti ini untuk mencapai matlamat sebenar walaupun Komuniti K.I.T.A ini baru saja 2 bulan di tubuhkan. Ini adalah satu petunjuk yang sangat baik bagi warga K.I.T.A untuk meneruskan perjuangan membantu masyarakat yang dalam kedaifan di luar sana. Saya juga turut gembira dari respons Abang Zubira dan kawan-kawannya yang bertanyakan tentang Komuniti K.I.T.A ini. Mereka juga akan turut memberi sokongan pada Komuniti ini untuk terus bergerak ke hadapan. Pada rakan-rakan yang ada pada hari tersebut iaitu Mahadi,Endy,Falis,Intan,Bai,Anis,Duwenk, adik-adik KITA dan yang lain-lain saya sebagai selaku Crew mengucapkan jutaan terima kasih kerana turut serta bersama Komuniti K.I.T.A untuk menjayakan Program berbentuk masyarakat ini. Saya juga berharap bukan sahaja badan-badan NGO dan Kerajaan saja yang menyokong tetapi rakan-rakan seangkatan di luar sana dan tidak kira siapa turut menyokong Komuniti K.I.T.A dari hari ke hari dan selamanya selagi K.I.T.A masih ada...(KITA INGIN TERUS ADA)

thx.

-wee-

Foto fute Sesi Akustik,,,

booth K.I.T.A sesak hari itu

Cik Nina


ArtdEEp decma & tchB dan endy Inspire Records

Laila's Lounge

Panas bukan halangan...

Suara KITA gabungan Malaysia dan Indonesia


Lovely Carnations



Zubira

and geng


Lely,bono and natalie

From Sampah Society..

Nota 27 April.

Langit terbentang luas, petang indah nyaman suasananya diiringi petikan gitar yang asyik. Begitulah yang dapat digambarkan bagaimana keadaan Event Community K.I.T.A Acoustic Session pada 27 April lalu bertempat di Legaran Segget Johor Bahru. Tempias dek kontroversi anti-Hujan yang melanda lalu, sebenarnya tidaklah menggambarkan penggiat Indie di Johor Bahru membenci Hujan dan Local Acts. Mereka turut terkilan dengan kejadian tersebut dan berharap ianya tidak berulang lagi. Mereka berharap keadaan dapat dipulihkan sediakala serta kerancakkan perkembangan Muzik Independent tidak terbantut akibat kontroversi itu.
Untuk mengetahui situasi yang sebenr, SampahSociety telah meninjau ke event K.I.T.A. Ini adalah event pertama selepas kontoversi anti-Hujan. Kami ingin melihat ‘aftermafth’ yang berlaku.
3.00 petang event bermula. Ramai muda-mudi mula memenuhkan Legaran Segget. Panas terik tidak menjadi penghalang untuk muda-mudi bersama memeriahkan event ini. Booth-booth clothing telah dibuka awal. Antara clothing label yang terlibat ialah Ribut, Inspire Record, K.I.T.A, Muat Muart Aje dan banyak lagi. Manakala band yang membuat persembahan ialah Blood Of Ina yang merupakan band jemputan sari dari Indonesia, Carbon4Teen, Glory Of Pesona, Honey B, Laila’s Lounge, Lolly Pop, Lovely Carnation, Matahari, Psychedelic, Secret Silence, Zubira feat Ray serta bacaan puisi indah oleh Adi Laila’s Lounge. Penulis termanggu-manggu seketika memerhati keadan sekeliling. Wah, nampaknya Demam Indie benar-benar merubahkan fesyen muda-mudi Johor Bahru. Penulis lihat banyak muda-mudi ni memakai ‘mafla’ di leher. Walaupun tengah panas. Alamak dik, tak berpeluh ke? Takpe la, layan je asal style. Band pertama yang memulakan persembahan ialah Matahari. Em, sungguh berani dan gigih band-mate ni petik gitar. Bagus2. Teruskan berkarya.
Penulis berjumpa dengan Geng Inspire Record. “Eh, kau bukan dak Penang ke? Jauh kau ke sini?”, tanya mereka. Penulis tinggal di Johor. Study ja kat Penang. Penulis membeli CD Rumi dari Inspire Record. Band Rumi adalah pecahan dari band Telebury.
Booth Inspire Record
Singgah pula ke MuzikBox. Cari Bro Fadil. Tiada. Alamak, lama tak jumpa, baru nak bertanyakan tentang Konsert D’Selatan yang akan bakal berlangsung bulan Jun nanti. Beli CD Lacuna Coil. Yay! Dapat juga mencarinya.
Lepak semula. Terserempak dengan BOS K.I.T.A iaitu Cik Nina Juhari. Dia sibuk. Mungkin nanti baru boleh berbual. Tiba-tiba Lely dari Radiogirl datang menyapa. Fuh. Memang ang penyelamat keadaan aku la Lely. Kalau tak mati-kutu-bosan aku kat sini. Adi (vokalis Laila’s Lounge) dan Lely ajak minum. Yay! Best! Banyak rakan taulan penulis dapat kenali semasa minum-minum bersama rakan-rakan Adi dan Lely. Penulis mengenali Natalie. Beliau juga seorang organizer yang banyak menganjurkan gig di Johor Bahru. Terbaru gig yang dianjurkan ialah Why Milk? di Taat House pada Mac lalu. Tidak ketinggalan Cik Bono, vokalis SevenSixthAvenue (betulke aku eja ni? ish?). Ramai lagi yang penulis kenali. Cuma maaf la kalau tak dapat sebutkan. Tak ingat kesemuanya. Sori.. Ha, aku ingat! Amer, anak gitaris Laila’s Lounge. Series memang aktifcomel si Amer tu.
Lely, Bono dan Natalie
Bood Of Ina
Adib (Decma&TCHB) dan Andy Inspire Record
Zubira feat Ray
Habis minum, lepak balik di event. Melihat persembahan Carbon4Teen. Semakin ramai memenuhi event. Pakcik dan makcik, kanak-kanak dan juga ‘pelancong asing’ terpana melihat persembahan band-band terlibat. Terjumpa pula Adib (gitaris Decma&TheCouldHaveBeen). Halamak. Lagilah best, borak-borak panjang.
Kemudian, penulis mengadakan sesi temuramah dengan Adi (vokalis Laila’s Lounge). Banyak input dapat diambil dari temuramah ini, lebih-lebih lagi perkembangan Local Act kini. Penulis dan Adi bersetuju muzik tidak sepatutnya didiskriminasikan. Sebaliknya cukuplah muzik sekadar dikategorikan. Jika sesebuah muzik didiskriminasikan, sesebuah scene tidak akan berkembang dan bakal menjadi kontroversi seperti yang berlaku dalam kes anti-Hujan. Disamping itu, Adi dan penulis juga bersependapat bahawa D.I.Y mempunyai maksud yang luas yang tidak tertumpu kepada sesuatu yang pokok atau mutlak. Ini bermakna D.I.Y boleh muncul dari pelbagai tafsriran. D.I.Y boleh disesuaikan mengikut iklim scene muzik itu sendiri. Kerana yang terpenting dalam D.I.Y ialah matlamatnya. Adakah untuk kepuasan atau keuntungan? Pastinya, perihal D.I.Y ini mempunyai konta dan pro-kontra tersendiri. Terpulang kepada pendapat setiap orang untuk mencorakannya. “Art itu adalah Sampah Yang Bernilai” antara kata-kata menarik yang diutarakan Adi dalam temuramah ini.
Masa yang tepat. Selepas mendengar band Zubira mengalunkan lagu-lagu Rock N Roll yang lama dirindukan. Penulis berpeluang menemuramah Boss The Community Of K.I.T.A iaitu Cik Nina Juhari. Bertanyakan tentang K.I.T.A dan matlamatnya. Cik Nina berkata bahawa K.I.T.A ditubuhkan bagi membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik seperti kanak-kanak yang terbiar, orang kurang upaya, kaum tua yang tidak mendapat perhatian serta mangsa-mangsa kes sosial. Tidak dinafikan bahawa semakin pesat Johor Bahru membangun, ramai yang terlupa akan kewujudan mereka-mereka yang tidak bernasib baik. Kewujudan K.I.T.A adalah untuk meringankan beban mereka. K.I.T.A menggunakan muzik sebagai pendekatan kerana mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa muzik bukanlah terikut kepada perkara keburukkan seperti alkohol. Sebaliknya, muzik seharusnya boleh dibawa ke jalan beramal untuk kebaikkan seperti kutipan jualan amal yang dilakukan hari ini. Usaha K.I.T.A bagi penulis seharusnya dipuji dan penulis merasakan K.I.T.A patut meneruskan perjuangannya. Cik Nina juga mengatakan bahawa K.I.T.A adalah BERBEZA dengan komuniti ClickAChild yang bertapak di Kuala Lumpur. Perbezaan itu adalah dari segi cara dan hala tuju. Cik Nina juga berkata, K.I.T.A juga giat melibatkan diri dengan penganjuran gig yang digunakan untuk memperkenalkan kugiran-kugiran baru dari Johor Bahru. Bertanyakan tentang kes anti-Hujan tempoh hari, Cik Nina mengatakan bahawa mereka BUKANLAH PENGANJUR event tersebut. Sebaliknya, mereka hanya co-supporter sahaja. Ramai yang telah salah faham dan Cik Nina harap ia dapat diperbetulkan. Tentang kes itu, Cik Nina berharap keadaan akan dapat pulih seperti biasa dan usahlah bertelingkah lagi kerana ianya hanya membawa kepada keburukkan.
Boss K.I.T.A , Nina Juhari
Pukul 6.00 petang. Setelah selesai temuramah. Tiba masanya untuk berhibur. Semestinya ramai crowd yang hadir mahu melihat Laila’s Lounge beraksi. Yeah! Mawar Khayalan. Memang penulis layan lagu ini. Nantikan untuk review Laila’s Lounge di myspace SampahSociety akan datang.
Laila’s Lounge
Sejuk. Aman dan tiada sengketa. Itulah keadaan sebahagian scene Johor Bahru kini. Bukanlah seperti yang digambarkan sebelum ini yang melabelkan scene Johor Bahru adalah scene pelik, gila dan menyusahkan. Tidak. Ianya sama sahaja di mana-mana lokasi seluruh Malaysia. Disini, ianya juga bebas. Tiada sekatan. Tiada polemik. Open event seperti ini adalah buktinya. Minda kebanyakkan penggiat Indie di Johor Bahru kebanyakkannya juga adalah dari minda yang waras. Mereka bersatu hati dan bersependapat bagi memajukan scene Johor Bahru atas satu nama iaitu MUZIK. Kesimpulannya? Usahlah takut untuk datang mengadakan persembahan atau menyaksikan gig di Johor Bahru. Mereka semua menerima dengan hati yang terbuka. Persengketaan biar dilupakan dan dijadikan pengajaran untuk menempuh hari-hari esok. Akhir kata, “Kesilapan diperbetulkan, bukanlah dicanangkan. Kebaikkan di ikuti, bukanlah didendami“

Sekian,

credit ; SampahSociety

Thursday, May 1, 2008

Cenderamata dari K.I.T.A

Sticker RM 2 ( s-001/black ) (s-002/pink) ( s-oo3/blue) (s-004/green )


Button RM 5 ( b-008 )

Bershooping sambil beramal bersama K.I.T.A





ts oo1

ts 002


ts oo3


( xs,s,m & L ) RED,WHITE,YELLOW AND BLACK


Untuk tempahan sila hubungi K.I.T.A disini ;


sertakan butiran anda :

Nama :

Alamat :

No tel :

Email Add :

Code item :

Size dan warna :
Harga untuk penghantaran secara pos:
Sehelai :RM25 (harga asal sehelai tees) + RM 7 (penghantaran)=RM32
2 helai dan seterusnya :RM50 (harga asal untuk 2 helai) + RM 7 (penghantaran untuk sehelai pertama) + RM 3 (Penghantaran untuk sehelai kedua) = RM 59
Harga penghantaran sehelai atas tangan:
RM 25 (harga asal untuk sehelai tees) + RM 3 (Penghantaran terus kepada anda)= RM28
Harga belian terus dari booth K.I.T.A = RM 25
email tempahan anda melalui email KITA




Support Band | Brand local 100 %

Support Band Brand local 100 %
DAPATKAN INI DI BOOTH K.I.T.A

Photobucket

Photobucket
Harga jualan di mana-mana booth event : RM 25 sehelai
Harga untuk penghantaran secara pos:
Sehelai :RM25 (harga asal sehelai tees) + RM 7 (penghantaran)=RM32
2 helai dan seterusnya :RM50 (harga asal untuk 2 helai) + RM 7 (penghantaran untuk sehelai pertama) + RM 3 (Penghantaran untuk sehelai kedua) = RM 59
Harga penghantaran sehelai atas tangan:
RM 25 (harga asal untuk sehelai tees) + RM 3 (Penghantaran terus kepada anda)= RM28
untuk tempahan masuk ke www.myspace.com/kitauntuksemua atau kitauntuksemua@yahoo.com


Photobucket
Harga jualan di mana-mana booth event : RM 28 sehelai
Harga untuk penghantaran secara pos:Sehelai :RM28 (harga asal sehelai tees) + RM 7 (penghantaran)=RM352 helai dan seterusnya :RM56 (harga asal untuk 2 helai) + RM 7 (penghantaran untuk sehelai pertama) + RM 3 (Penghantaran untuk sehelai kedua) = RM 66
Harga penghantaran sehelai atas tangan: RM 28 (harga asal untuk sehelai tees) + RM 3 (Penghantaran terus kepada anda)= RM31
Harga untuk sebiji Button = RM 3 (1 button)
untuk tempahan atau..masuk ke www.myspace.com/kitauntuksemua atau click pada pautan disebelah.. atauemail pada saya di kitauntuksemua@yahoo.com.

Aktiviti berterusan

K.I.T.A mengumpul buku-buku serta pakaian terpakai untuk diagihkan ke rumah-rumah anak yatim sekitar Johor Bahru dan Indonesia...Semoga dapat membantu mereka dalam meringankan beban...


CINTAI MUSIK SAHAJA TIDAK CUKUP....MENDERMALAH SAMBIL BERHIBUR...
BAWALAH BUKU-BUKU TERSEBUT DI GIG seperti tarikh diatas atau bila2 saja di gig yang terhampir kt area JB...Kami ada di sana...
Photobucket




Acara Seterusnya..untuk bulan May

NEXT SHOWING

Mari kita BERGEMBIRA dan MEMBANTU


Photobucket

Photobucket

Photobucket


KITA ulung kalinya...mempersembahkan

Photobucket

Tujuan Acara DiadakanIni adalah non-profit event untuk mempromosi objektif Community of KITA )Acara ini adalah acara pertama melibatkan ahli-ahli sukarelawan KITA yang sudah menjangkau angka 200 orang dalam masa 3 bulan pertama penubuhan KITAIanya adalah satu angka yang begitu membangkakanDan inilah acara bagi memperkenalkan komuniti ini dan secara langsung memberitahuan apa itu KITA serta membuka mata mereka diluar sana untuk mengetahui apa objektif KITA,turut memeriahkan ;

Brand

•ILove JB•Mido connection•Love Star•Warna warni•KITABooth•Inspire Record•Woots Clothing •Embrace Records•The Ditch Project •Two6'circleurdsgn•Bunga Design•Durjana Art•tHe EnLigHtEnMent COrner•Muat Muart•Ribut Design

Band Persembahan

•Blood of Ina (Indonesia)•Carbon 4 Teen•Glory of Pesona•Honey B•Laila’s Lounge•Lolypop•Lovely Carnation•Matahari•Psychedelic•Secret Silence•Zubira feat Ray

ArtWork

•Aida Visual•Contengan suka suka KITA by Arus

Kerjasama

•MBJB•Auntie Sal’s Bistro •Ahhu Music•DMSSB ( Downtown Maintainance Services Sdn Bhd )•Pusat Serenti•Desa Damai

Community of K.I.T.A

Community of K.I.T.A adalah sebuah komuniti bebas yang menjalankan perkhidmatan kesukarelawan mula ditubuhkan pada 5 Februari 2008 dengan lebih 100 ahli HATI K.I.T.A.Berpusat dibandaraya Johor Bahru. K.I.T.A yang bermaksud Kita Ingin Terus Ada untuk semua bertujuan membawa mereka diluar sana membuat bakti serta membuat kerja kemasyarakatan. Objektik K.I.T.A adalah untuk mengekalkan sifat kemanusiaan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan sekeliling kita,ianya termasuk lah kebersihan negara,orang kurang upaya,anak-anak yatim,kanak-kanak dan orang tua.Kami ingin mendekati mereka agar semua merasa dihargai kerana kita adalah untuk semua K.I.T.A juga membawa mesej yang kita semua juga insan dan bukan pemangsa yang laparkan korban mangsa.Tiada keganasan terhadap kanak-kanak dan tiada lagi penindasan antara manusia itu misi K.I.T.A. Oleh itu,penubuhan komuniti bebas ini harap dapat membawa ramai lagi mereka diluar sana menyertai kami dalam menjayakan misi serta objektif kami.Maka dapatlah kita dan HATI K.I.T.A yang lain merasakan kepuasan dan ukhwahnya
Kenapa K.I.T.A ditubuhkan??
K.I.T.A memberi ruang ini kepada sesiapa sahaja terutamanya remaja yang terpanggil untuk beramal dengan minat dan obses mereka,dalam membuktikkan apa yang mereka lakukan mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat.Tak kira dalam bentuk musik,art dan cabang seni yang pelbagai. Dengan landasan yang betul dan mampu diterima oleh sesiapa juga.K.I.T.A tidak membataskan siapa yang boleh beramal.Malah menekankan sesiapa juga boleh beramal tanpa menilai luaran individu atau kelompok itu. Dengan ini,diharap kita sama-sama tak kira dalam apa juga bentuk dapat bersatu dan membuat masyarakat luar bangga dan percaya bahawa kita juga mampu sekaligus menyedarkan masyarakat bahawa apa yang kita salurkan mempunyai objektif untuk bangsa,negara dan seluruhnya.
Bagaimana boleh tertubuhnya K.I.T.A??
Ini adalah satu jenis kesedaran dimana kita adalah untuk semua,mungkin diluar sana berminat dalam membuat kerja amal,namun tidak tahu bagaimana dan dengan cara apa.Jadi pengasas tidak bersikap pentingkan diri sendiri,dengan mengajak semua kawan-kawan dimana sahaja untuk menyumbang apa juga bentuk amal kepada mereka yang memerlukan,mungkin tidak perlu keluar dari rumah dan mengambil masa yang lama.Seperti yang kalian sedia maklum,activity berterusan KITA adalah mengumpul buku-buku terpakai dan akan ditapis untuk dihantar ke anak-anak jalanan INDONESIA dan ke rumah ank-anak yatim sekitar Johor Bahru.
Dengan activity ini pengasas kira boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Inilah ruang yang KITA cuba salurkan buat remaja-remaja dan sesiapa sahaja bagi mengekalkan sifat tolong menolong sesame KITA. Diharap kalian dapat menyokong objektif KITA dan menjadikan Kommunity ini sebuah community untuk semua tidak kira dimana anda berada,KITA juga mengharapkan saranan dan pendapat anda dalam menaikkan serta bentuk aktiviti yang kalian gemari. Apa yang anda mahu sumbangkan bagitahu kita,kita akan nilai dan cuba merealisasikan nya…INSYAALLAH apa yang baik selalu dipermudahkan asalkan KITA ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran.
Sekian,salam indah dari KITA.