Friday, May 2, 2008

From Sampah Society..

Nota 27 April.

Langit terbentang luas, petang indah nyaman suasananya diiringi petikan gitar yang asyik. Begitulah yang dapat digambarkan bagaimana keadaan Event Community K.I.T.A Acoustic Session pada 27 April lalu bertempat di Legaran Segget Johor Bahru. Tempias dek kontroversi anti-Hujan yang melanda lalu, sebenarnya tidaklah menggambarkan penggiat Indie di Johor Bahru membenci Hujan dan Local Acts. Mereka turut terkilan dengan kejadian tersebut dan berharap ianya tidak berulang lagi. Mereka berharap keadaan dapat dipulihkan sediakala serta kerancakkan perkembangan Muzik Independent tidak terbantut akibat kontroversi itu.
Untuk mengetahui situasi yang sebenr, SampahSociety telah meninjau ke event K.I.T.A. Ini adalah event pertama selepas kontoversi anti-Hujan. Kami ingin melihat ‘aftermafth’ yang berlaku.
3.00 petang event bermula. Ramai muda-mudi mula memenuhkan Legaran Segget. Panas terik tidak menjadi penghalang untuk muda-mudi bersama memeriahkan event ini. Booth-booth clothing telah dibuka awal. Antara clothing label yang terlibat ialah Ribut, Inspire Record, K.I.T.A, Muat Muart Aje dan banyak lagi. Manakala band yang membuat persembahan ialah Blood Of Ina yang merupakan band jemputan sari dari Indonesia, Carbon4Teen, Glory Of Pesona, Honey B, Laila’s Lounge, Lolly Pop, Lovely Carnation, Matahari, Psychedelic, Secret Silence, Zubira feat Ray serta bacaan puisi indah oleh Adi Laila’s Lounge. Penulis termanggu-manggu seketika memerhati keadan sekeliling. Wah, nampaknya Demam Indie benar-benar merubahkan fesyen muda-mudi Johor Bahru. Penulis lihat banyak muda-mudi ni memakai ‘mafla’ di leher. Walaupun tengah panas. Alamak dik, tak berpeluh ke? Takpe la, layan je asal style. Band pertama yang memulakan persembahan ialah Matahari. Em, sungguh berani dan gigih band-mate ni petik gitar. Bagus2. Teruskan berkarya.
Penulis berjumpa dengan Geng Inspire Record. “Eh, kau bukan dak Penang ke? Jauh kau ke sini?”, tanya mereka. Penulis tinggal di Johor. Study ja kat Penang. Penulis membeli CD Rumi dari Inspire Record. Band Rumi adalah pecahan dari band Telebury.
Booth Inspire Record
Singgah pula ke MuzikBox. Cari Bro Fadil. Tiada. Alamak, lama tak jumpa, baru nak bertanyakan tentang Konsert D’Selatan yang akan bakal berlangsung bulan Jun nanti. Beli CD Lacuna Coil. Yay! Dapat juga mencarinya.
Lepak semula. Terserempak dengan BOS K.I.T.A iaitu Cik Nina Juhari. Dia sibuk. Mungkin nanti baru boleh berbual. Tiba-tiba Lely dari Radiogirl datang menyapa. Fuh. Memang ang penyelamat keadaan aku la Lely. Kalau tak mati-kutu-bosan aku kat sini. Adi (vokalis Laila’s Lounge) dan Lely ajak minum. Yay! Best! Banyak rakan taulan penulis dapat kenali semasa minum-minum bersama rakan-rakan Adi dan Lely. Penulis mengenali Natalie. Beliau juga seorang organizer yang banyak menganjurkan gig di Johor Bahru. Terbaru gig yang dianjurkan ialah Why Milk? di Taat House pada Mac lalu. Tidak ketinggalan Cik Bono, vokalis SevenSixthAvenue (betulke aku eja ni? ish?). Ramai lagi yang penulis kenali. Cuma maaf la kalau tak dapat sebutkan. Tak ingat kesemuanya. Sori.. Ha, aku ingat! Amer, anak gitaris Laila’s Lounge. Series memang aktifcomel si Amer tu.
Lely, Bono dan Natalie
Bood Of Ina
Adib (Decma&TCHB) dan Andy Inspire Record
Zubira feat Ray
Habis minum, lepak balik di event. Melihat persembahan Carbon4Teen. Semakin ramai memenuhi event. Pakcik dan makcik, kanak-kanak dan juga ‘pelancong asing’ terpana melihat persembahan band-band terlibat. Terjumpa pula Adib (gitaris Decma&TheCouldHaveBeen). Halamak. Lagilah best, borak-borak panjang.
Kemudian, penulis mengadakan sesi temuramah dengan Adi (vokalis Laila’s Lounge). Banyak input dapat diambil dari temuramah ini, lebih-lebih lagi perkembangan Local Act kini. Penulis dan Adi bersetuju muzik tidak sepatutnya didiskriminasikan. Sebaliknya cukuplah muzik sekadar dikategorikan. Jika sesebuah muzik didiskriminasikan, sesebuah scene tidak akan berkembang dan bakal menjadi kontroversi seperti yang berlaku dalam kes anti-Hujan. Disamping itu, Adi dan penulis juga bersependapat bahawa D.I.Y mempunyai maksud yang luas yang tidak tertumpu kepada sesuatu yang pokok atau mutlak. Ini bermakna D.I.Y boleh muncul dari pelbagai tafsriran. D.I.Y boleh disesuaikan mengikut iklim scene muzik itu sendiri. Kerana yang terpenting dalam D.I.Y ialah matlamatnya. Adakah untuk kepuasan atau keuntungan? Pastinya, perihal D.I.Y ini mempunyai konta dan pro-kontra tersendiri. Terpulang kepada pendapat setiap orang untuk mencorakannya. “Art itu adalah Sampah Yang Bernilai” antara kata-kata menarik yang diutarakan Adi dalam temuramah ini.
Masa yang tepat. Selepas mendengar band Zubira mengalunkan lagu-lagu Rock N Roll yang lama dirindukan. Penulis berpeluang menemuramah Boss The Community Of K.I.T.A iaitu Cik Nina Juhari. Bertanyakan tentang K.I.T.A dan matlamatnya. Cik Nina berkata bahawa K.I.T.A ditubuhkan bagi membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik seperti kanak-kanak yang terbiar, orang kurang upaya, kaum tua yang tidak mendapat perhatian serta mangsa-mangsa kes sosial. Tidak dinafikan bahawa semakin pesat Johor Bahru membangun, ramai yang terlupa akan kewujudan mereka-mereka yang tidak bernasib baik. Kewujudan K.I.T.A adalah untuk meringankan beban mereka. K.I.T.A menggunakan muzik sebagai pendekatan kerana mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa muzik bukanlah terikut kepada perkara keburukkan seperti alkohol. Sebaliknya, muzik seharusnya boleh dibawa ke jalan beramal untuk kebaikkan seperti kutipan jualan amal yang dilakukan hari ini. Usaha K.I.T.A bagi penulis seharusnya dipuji dan penulis merasakan K.I.T.A patut meneruskan perjuangannya. Cik Nina juga mengatakan bahawa K.I.T.A adalah BERBEZA dengan komuniti ClickAChild yang bertapak di Kuala Lumpur. Perbezaan itu adalah dari segi cara dan hala tuju. Cik Nina juga berkata, K.I.T.A juga giat melibatkan diri dengan penganjuran gig yang digunakan untuk memperkenalkan kugiran-kugiran baru dari Johor Bahru. Bertanyakan tentang kes anti-Hujan tempoh hari, Cik Nina mengatakan bahawa mereka BUKANLAH PENGANJUR event tersebut. Sebaliknya, mereka hanya co-supporter sahaja. Ramai yang telah salah faham dan Cik Nina harap ia dapat diperbetulkan. Tentang kes itu, Cik Nina berharap keadaan akan dapat pulih seperti biasa dan usahlah bertelingkah lagi kerana ianya hanya membawa kepada keburukkan.
Boss K.I.T.A , Nina Juhari
Pukul 6.00 petang. Setelah selesai temuramah. Tiba masanya untuk berhibur. Semestinya ramai crowd yang hadir mahu melihat Laila’s Lounge beraksi. Yeah! Mawar Khayalan. Memang penulis layan lagu ini. Nantikan untuk review Laila’s Lounge di myspace SampahSociety akan datang.
Laila’s Lounge
Sejuk. Aman dan tiada sengketa. Itulah keadaan sebahagian scene Johor Bahru kini. Bukanlah seperti yang digambarkan sebelum ini yang melabelkan scene Johor Bahru adalah scene pelik, gila dan menyusahkan. Tidak. Ianya sama sahaja di mana-mana lokasi seluruh Malaysia. Disini, ianya juga bebas. Tiada sekatan. Tiada polemik. Open event seperti ini adalah buktinya. Minda kebanyakkan penggiat Indie di Johor Bahru kebanyakkannya juga adalah dari minda yang waras. Mereka bersatu hati dan bersependapat bagi memajukan scene Johor Bahru atas satu nama iaitu MUZIK. Kesimpulannya? Usahlah takut untuk datang mengadakan persembahan atau menyaksikan gig di Johor Bahru. Mereka semua menerima dengan hati yang terbuka. Persengketaan biar dilupakan dan dijadikan pengajaran untuk menempuh hari-hari esok. Akhir kata, “Kesilapan diperbetulkan, bukanlah dicanangkan. Kebaikkan di ikuti, bukanlah didendami“

Sekian,

credit ; SampahSociety

No comments: