Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, July 23, 2008

JOGET 2008!

Bakal berlangsungnya pada 9 OGOS 2008 sebuah event kedua SampahSociety di THE ACTORS STUDIO, GREEN HALL, PULAU PINANG. Kami berdoa agarnya dapat berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa. Event venture kali ini bersama DNA Studio sebagai penyumbang peralatan sistem audio. Bersama juga dengan Community Of K.I.T.A untuk menjayakan program ‘Berhibur Sambil Beramal‘. Kami menggalakkan crowd yang datang dapat membawa buku2 terpakai termasuklah buku teks, baju2, stuff toys, wang & anything yang berguna untuk didermakan kepada Anak2 Yatim dan Mereka yang Memerlukan.


Kredit to Man yang mendesign flyers ini serta Ama yang menjadi gadis penghias!


Photobucket

CHARITY D' MERDEKA

Nak buka booth???hantarkan la detail korang kat sini...

NAMA :
NO TEL :
LABEL/KOMUNITY :
URL MYSPACE :

tak pun add ym KITA : kitauntuksemua@yahoo.com

leh sambil2 mintak menu sambal petai yg tak berbau sekali..


sedikit info (( flyer akan dikeluarkan tidak lama lagi... ))

Dianjurkan oleh : The Community of KITA

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : 2 Petang hingga 1 pagi ( 31 Ogos 2008 )

Tempat : Dewan Jubli Intan,Johor Bahru


TUJUAN ACARA DIADAKAN

Ini adalah acara yang dikelolakan oleh THE COMMUNITY OF KITA yang bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor Bahru disamping menyambut hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-51.Acara ini akan dianggotai oleh Persatuan Kanak-kanak Spastik sendiri dan juga ahli-ahli HATI KITA yang kini sudah menjangkau angka 400 ahli sepanjang 5 bulan ditubuhkan iaitu di awal Februari 2008 kelmarin di sini. Yang terdiri dari pelbagai peringkat usia

PENGISIAN

Siang

•Acara Perasmian
•Ucapan dan bacaan doa
•Bacaan puisi,sajak dan naskah oleh Sindiket Souljah
•Persembahan Teater oleh Republic Theatre dan Tayangan filem pendek oleh Bumbung Aku Lantai Orang
•Persembahan band band tempatan
•Nyanyian Lagu Rakyat
•Bersurai

Malam

•Ucapan
•Bacaan sajak oleh HATI KITA
•Persembahan band-band tempatan menuju ke ambang merdeka
•Menanti detik Kemerdekaan
•Nyanyian lagu kemerkaan sejurus tiba detik Merdeka
•Konsert Akhir oleh Artis Tempatan
•Bersurai

Artis-artis terlibat :-

1) Times
2) The Rhaman
3) Zubira
4) Couple
5) Redemption
6) Sharpshooter
7) Laila Lounge
8) 679
9) Priceless stupid Box
10) Cholyra
11) Famyliar
12) Lolypop
13) Wynken Delirium
14) Cassandra
15) Flow
16) Kluk Kluk Adventure
17) Matahari
18) Wasted Room
19) Glasgow Ballet

Turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran dan jualan amal oleh badan-badan terlibat dan brand-brand tempatan DIY
Jualan hasil kerja tangan dari JARO dan banyak lagi...

Monday, July 21, 2008

FESTIVAL MUZIK KITA...Terima Kasih

Banner KITA creadit Mr.Pheeewit

Semalam telah berlangsung Festival Muzik KITA di Ct Cafe,Ct Plaza Johor Bahru seperti yang telah dirancang sebulan setengah yang lalu.Tepat jam 2.00 petang.crowd dibenarkan masuk dan band pertama untuk opening act mula beraksi..Semakin lama semakin ramai crowd2 yang pelbagai bentuk dan corak mewarnai acara petang itu.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan tamat sekitar jam 10 malam.Diharap kalian yang hadir merasa kepuasan dan kegembiraan.


Disini KITA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Ct Plaza Encik Adi dan Encik Fahmi kerana memberikan kepercayaan kepada KITA untuk beraktiviti di tempat mereka serta memberikan kerjasama yang begitu baik.Tak lupa kepada band-band performer KITA.Petang itu pengunjung dihiburkan dengan 14 buah band yang lama dan baru disatukan dalam pelbagai genre dan irama dibawah satu stage.Mereka begitu mewarnai acara petang itu,dan kerana itulah tag mereka berbentuk "pensel"Seterusnya jutaan terima kasih ini diberikan kepada rakan-rakan crew yang bertungkus lumus memastikan acara ini berjalan lancar.Encik Pheewit yang menjaga kawasan sekelilingdan menyediakan banner cumel,tag dan decoration stage,Encik Endy(Inspire Record)yang bekerja keras di atas stage,Cik Eintan a.k.a PA Inspire Record yang menjual tiket dengan penuh dedikasi serta idea2 yang berkesan,Cik Wee yang menguruskan band dgn begitu tegas sekali,Cik Falos yang menjaga booth KITA dan dibantu oleh Mia Cumel..Juga gadis-gadis urusetia bahagian penuntutan kad Ahli iaitu Choi,Yayatore,Eka,Bobok ( satu-satunya teruna ) hehehe dan juga orang yang penting dalam mengabadikan memori petang itu Encik Najib Bourne yang agresif sekali =) hehe crew-crew sekitar kawasan Pak cik A.D n the geng yang cool n bersahaja,,dan akhir sekali Encik2 Bonzer KITA yang tegas mengawal keadaan sekeliling...tanpa kalian semua takkan berjalan lancar,,,merekalah tunggang yang seperti pohon pd petang itu dan kerana itu tag crew bermotifkan "POHON" .Terima kasih n KITA Love u all.... =) MUAH MUAH


Tak lupa kepada yang memberi barangan terpakai,yang membeli barangan KITA diharap berpuas hati..yang mendaftarkan diri sebagai ahli KITA tanamkan sikap kesukarelawan dimana saja..pasti anda merasa ukhwahnya..percaya lah..Dan tak lupa pada brand-brand yang turut memeriahkan acara Ribut Design,Embrace Records dan Durjana Clothing...Kepada kawan-kawan terdekat,rakan-rakan organizer,rakan-rakan artis,band dan brand yang turut hadir...Kepada bitz studio Abang Azhar yang memastikan sound mantap dan Encik MC Taufik baik dan kawanya ... =)dan paling KITA julang adalah kehadiran HATI-HATI KITA ...kalian amat menyokong acara ini..tanpa kalian pasti sunyi dan malap Festival KITA ini.dan semua pengunjung-pengunjung yang hadir semoga kalian pulang dengan rasa senang hati..InsyaALLAH dilain kali KITA beraktivi lagi dan KITA mengharapkan kalian yang hadir turut sama turun padang kerana selepas ini ada lagi acara yang menarik yang KITA telah siapkan..


Jumpa Ogos ini...


Sekian...


Jadi lah pohon tempat berteduh yang akan menyemai banyak manfaat pada yang lainnya..cambahkan hasilmu..agar menjadikan yang lain tidak kebuluran...kukuh ya agar tanah tidak runtuh..agar bumi hijau indah..... - Pengasas


Cik Nina (( sayang kalian... ))
TCOK

Tuesday, July 15, 2008

BAND SCHEDULE UNTUK FESTIVAL MUZIK KITA , 20 JULAI INI

100 PTG : BOOTH STEUP /CROWD DH LEH KASI MASUK ( BAND OPENING SETUP TRUS )

200 PTG : DEAD IN PROTEST

230 PTG : LOLYPOP

300 PTG : UCAP2 SKIT OLEH MC

315 PTG : JUNO HANA

345 PTG : REDEMPTION

415 PTG : THE CLOSED

445 PTG : PRICELEES STUPID BOX

515 PTG : DEWATA

545 PTG : 26 ELEVEN

615 PTG : LOVELY CARNATION

645 PTG : NOVELEA

BEREEEKKK !!!

715 MLM : AKTA ANGKASA

745 MLM : LAILA LOUNGE

815 MLM : OH CHENTAKU


DAN TEES KITA YANG BARU PUN AKAN RELEASE HARI ITU..HARGA PROMOTION OK...JADI JANGAN KETINGGALAN :) NNT NYESAL...


TS - 004 (( S,M,L & XL )) HARGA PENGENALAN RM 22 BIASA RM25

Photobucket



TS - 005 (( S,M,L & XL )) HARGA PENGENALAN RM 22 BIASA RM25


Photobucket


LIMITED EDITION (( S,M,L & XL )) HARGA PENGENALAN RM 25 BIASA RM 28


Photobucket

Wednesday, June 25, 2008

K.I.T.A NEXT EVENT

Photobucket

Dianjurkan oleh : Festival Musik K.I.T.A
Tarikh : 20 Julai 2008
Masa : 2 Petang sehingga tamat
Tempat : CT CAFE,City Plaza.Johor Bahru

TUJUAN ACARA DIADAKANIni adalah acara untuk mengumpul dana bagi Rumah Bakti Johor Bharu dalam mengumpul buku-buku yang bertujuan mengisi kekosongan pondok bacaan buat anak-anak yatim di disitu.Acara ini adalah acara yang melibatkan ahli-ahli sukarelawan KITA yang sudah menjangkau angka 300 orang dalam masa 5 bulan penubuhan.Ianya adalah satu jumlah yang begitu membanggakan.


  • PENGISIAN

    -Persembahan dari band-band local
    -Jualan sambil menderma oleh brand-brand local.
    -Memunggah dan mengasingkan segala sumbangan.
    -Dijalankan oleh ahli HATI K.I.T.A

Datanglah beramai-ramai dan tunjukkan keprihatinan anda..bawalah buku-buku ilmiah,permainan,pakaian atau apa saja bentuk sumbangan...

Semoga acara ini dapat mengekalkan sifat kemanusiaan kita.InsyaALLAH....



Friday, June 6, 2008

Charity D ‘ Merdeka ( Kita untuk semua )

Dianjurkan oleh : Community of K.i.T.A

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : 2 Petang – 1 pagi ( 31 ogos 2008 )

Tempat : Dewan Jubli Intan,Johor Bahru.


Tujuan Acara Diadakan
Ini adalah acara untuk mengumpul dana bagi Persatuan Kanak-Kanak Spastik Johor Bharu hasil kerjasama Bitz Studio yang dikelolakan oleh The Kommunity of K.I.T.A disamping menyambut acara malam di ambang merdeka.

(http://www.myspace.com/kitauntuksemua)

Acara ini adalah acara pertama melibatkan ahli-ahli sukarelawan K.I.T.A yang sudah menjangkau angka 300 orang dalam masa 5 bulan penubuhan K.I.T.A.Ianya adalah satu angka yang begitu
membanggakan.Juga turut mengalu-alukan orang awam

Acara Pengisian

Siang

· Bacaan naskah/buku/ blog dan Deklamasi sajak/puisi
· Persembahan akustika dan Sarkas Seni.
· Tayangan filem pendek dan teater oleh Republic Theater

Malam

· Persembahan band-band tempatan
· Jualan amal oleh brand-brand tempatan pengumpulan buku-buku rujukan terpakai.
· Tayangan filem pendek bertemakan kemerdekaan ( 10 Tahun sebelum merdeka )
· Penantian ambang merdeka
· Nyanyian lagu kemerdekaan dan negaraku
· Konsert akhir…

Band Persembahan
- Redemption
-Zubira
-The Rhaman
-Sharpshooter
-Psb
-Flow

dan banyak lagi....


MEMPELAWA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUKA BOOTH DAN PAMERAN TIDAK KIRA DALAM BENTUK APAPUN...SILA TINGGALKAN MESEJ DI SINI....

berserta :

NAMA :
LABEL / BRAND / KOMUNNITY :
EMAIL ADD :
NO TEL :
URL MYSPACE RASMI :

Thursday, May 1, 2008

KITA ulung kalinya...mempersembahkan

Photobucket

Tujuan Acara DiadakanIni adalah non-profit event untuk mempromosi objektif Community of KITA )Acara ini adalah acara pertama melibatkan ahli-ahli sukarelawan KITA yang sudah menjangkau angka 200 orang dalam masa 3 bulan pertama penubuhan KITAIanya adalah satu angka yang begitu membangkakanDan inilah acara bagi memperkenalkan komuniti ini dan secara langsung memberitahuan apa itu KITA serta membuka mata mereka diluar sana untuk mengetahui apa objektif KITA,turut memeriahkan ;

Brand

•ILove JB•Mido connection•Love Star•Warna warni•KITABooth•Inspire Record•Woots Clothing •Embrace Records•The Ditch Project •Two6'circleurdsgn•Bunga Design•Durjana Art•tHe EnLigHtEnMent COrner•Muat Muart•Ribut Design

Band Persembahan

•Blood of Ina (Indonesia)•Carbon 4 Teen•Glory of Pesona•Honey B•Laila’s Lounge•Lolypop•Lovely Carnation•Matahari•Psychedelic•Secret Silence•Zubira feat Ray

ArtWork

•Aida Visual•Contengan suka suka KITA by Arus

Kerjasama

•MBJB•Auntie Sal’s Bistro •Ahhu Music•DMSSB ( Downtown Maintainance Services Sdn Bhd )•Pusat Serenti•Desa Damai