Tuesday, March 17, 2009

Pelarasan baru The Community of KITA bagi tahun 2009



Sebelum KITA memulakan aktiviti dirancang mahupun tidak pada tahun ini.KITA ingin memaklumkan bahawasanya KITA telah membuat sedikit rombakan.Kini KITA sudah genap setahun penubuhannya Februari lalu.Dan pelarasan pengurusan baru serta objektif KITA juga akan siap untuk dijalankan mengikut yang telah dirancang dan disini KITA memaklumkan tentang pelarasan baru dan etika pengurusan KITA untuk tahun ini.Diantaranya adalah :-

Keahlian ·
  • Kad ahli akan dimansuhkan,yang kekal adalah no.ahli.ini bagi mengelakkan sebarang pemalsuaan dan peyalahgunaan kuasa.
    Pengurusan·
  • Segala pengurusan dari kerja-kerja aktiviti,penilaian,keahlian dan komunikasi akan di-kemas kini dari masa kesemasa berbentuk laporan bulanan.Dan akan menjadi simpanan Pengurusan KITA.
Komunikasi·
  • Melalui Info Centre yang juga menyediakan kotak suara bagi orang ramai menyumbangkan idea dan komentar.Lokasi akan dikatakan setelah tetap kemudian.·4 Juga boleh mendapatkan info melalui blog dan MySpace sebelum website siap diselengarakan.
Aktiviti
  • Masih mengekalkan aktiviti berdasarkan kepentingan mereka yang tertindas dan kemasyarakatan,Cuma lebih ingin menghidupkan komuniti sebagai sebuah sekolah/pondok pendidikan buat mereka yang kurang berkemampuan sebagai kelas tuisyen.Dan mengalakkan pembelajaran melalui ALAM RAYA.Turut mengiatkan penciptaan art seperti puisi,cerpen,zine,shortfilm,dokumentari,lukisan kreatif,akustik dan sebagainya.
Sukarelawan·
  • Dibuka kepada sesiapa sahaja lebih-lebih lagi dari golongan pendidik,tidak kira dalam akedemi sekolahan atau kemahiran.Seperti :- pengunaan computer,alat muzik,teknik melukis,menjahit,penghasilan kraftangan dan seumpamanya.

No comments: