Monday, July 21, 2008

FESTIVAL MUZIK KITA...Terima Kasih

Banner KITA creadit Mr.Pheeewit

Semalam telah berlangsung Festival Muzik KITA di Ct Cafe,Ct Plaza Johor Bahru seperti yang telah dirancang sebulan setengah yang lalu.Tepat jam 2.00 petang.crowd dibenarkan masuk dan band pertama untuk opening act mula beraksi..Semakin lama semakin ramai crowd2 yang pelbagai bentuk dan corak mewarnai acara petang itu.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan tamat sekitar jam 10 malam.Diharap kalian yang hadir merasa kepuasan dan kegembiraan.


Disini KITA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Ct Plaza Encik Adi dan Encik Fahmi kerana memberikan kepercayaan kepada KITA untuk beraktiviti di tempat mereka serta memberikan kerjasama yang begitu baik.Tak lupa kepada band-band performer KITA.Petang itu pengunjung dihiburkan dengan 14 buah band yang lama dan baru disatukan dalam pelbagai genre dan irama dibawah satu stage.Mereka begitu mewarnai acara petang itu,dan kerana itulah tag mereka berbentuk "pensel"Seterusnya jutaan terima kasih ini diberikan kepada rakan-rakan crew yang bertungkus lumus memastikan acara ini berjalan lancar.Encik Pheewit yang menjaga kawasan sekelilingdan menyediakan banner cumel,tag dan decoration stage,Encik Endy(Inspire Record)yang bekerja keras di atas stage,Cik Eintan a.k.a PA Inspire Record yang menjual tiket dengan penuh dedikasi serta idea2 yang berkesan,Cik Wee yang menguruskan band dgn begitu tegas sekali,Cik Falos yang menjaga booth KITA dan dibantu oleh Mia Cumel..Juga gadis-gadis urusetia bahagian penuntutan kad Ahli iaitu Choi,Yayatore,Eka,Bobok ( satu-satunya teruna ) hehehe dan juga orang yang penting dalam mengabadikan memori petang itu Encik Najib Bourne yang agresif sekali =) hehe crew-crew sekitar kawasan Pak cik A.D n the geng yang cool n bersahaja,,dan akhir sekali Encik2 Bonzer KITA yang tegas mengawal keadaan sekeliling...tanpa kalian semua takkan berjalan lancar,,,merekalah tunggang yang seperti pohon pd petang itu dan kerana itu tag crew bermotifkan "POHON" .Terima kasih n KITA Love u all.... =) MUAH MUAH


Tak lupa kepada yang memberi barangan terpakai,yang membeli barangan KITA diharap berpuas hati..yang mendaftarkan diri sebagai ahli KITA tanamkan sikap kesukarelawan dimana saja..pasti anda merasa ukhwahnya..percaya lah..Dan tak lupa pada brand-brand yang turut memeriahkan acara Ribut Design,Embrace Records dan Durjana Clothing...Kepada kawan-kawan terdekat,rakan-rakan organizer,rakan-rakan artis,band dan brand yang turut hadir...Kepada bitz studio Abang Azhar yang memastikan sound mantap dan Encik MC Taufik baik dan kawanya ... =)dan paling KITA julang adalah kehadiran HATI-HATI KITA ...kalian amat menyokong acara ini..tanpa kalian pasti sunyi dan malap Festival KITA ini.dan semua pengunjung-pengunjung yang hadir semoga kalian pulang dengan rasa senang hati..InsyaALLAH dilain kali KITA beraktivi lagi dan KITA mengharapkan kalian yang hadir turut sama turun padang kerana selepas ini ada lagi acara yang menarik yang KITA telah siapkan..


Jumpa Ogos ini...


Sekian...


Jadi lah pohon tempat berteduh yang akan menyemai banyak manfaat pada yang lainnya..cambahkan hasilmu..agar menjadikan yang lain tidak kebuluran...kukuh ya agar tanah tidak runtuh..agar bumi hijau indah..... - Pengasas


Cik Nina (( sayang kalian... ))
TCOK

No comments: