Wednesday, July 23, 2008

CHARITY D' MERDEKA

Nak buka booth???hantarkan la detail korang kat sini...

NAMA :
NO TEL :
LABEL/KOMUNITY :
URL MYSPACE :

tak pun add ym KITA : kitauntuksemua@yahoo.com

leh sambil2 mintak menu sambal petai yg tak berbau sekali..


sedikit info (( flyer akan dikeluarkan tidak lama lagi... ))

Dianjurkan oleh : The Community of KITA

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : 2 Petang hingga 1 pagi ( 31 Ogos 2008 )

Tempat : Dewan Jubli Intan,Johor Bahru


TUJUAN ACARA DIADAKAN

Ini adalah acara yang dikelolakan oleh THE COMMUNITY OF KITA yang bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor Bahru disamping menyambut hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-51.Acara ini akan dianggotai oleh Persatuan Kanak-kanak Spastik sendiri dan juga ahli-ahli HATI KITA yang kini sudah menjangkau angka 400 ahli sepanjang 5 bulan ditubuhkan iaitu di awal Februari 2008 kelmarin di sini. Yang terdiri dari pelbagai peringkat usia

PENGISIAN

Siang

•Acara Perasmian
•Ucapan dan bacaan doa
•Bacaan puisi,sajak dan naskah oleh Sindiket Souljah
•Persembahan Teater oleh Republic Theatre dan Tayangan filem pendek oleh Bumbung Aku Lantai Orang
•Persembahan band band tempatan
•Nyanyian Lagu Rakyat
•Bersurai

Malam

•Ucapan
•Bacaan sajak oleh HATI KITA
•Persembahan band-band tempatan menuju ke ambang merdeka
•Menanti detik Kemerdekaan
•Nyanyian lagu kemerkaan sejurus tiba detik Merdeka
•Konsert Akhir oleh Artis Tempatan
•Bersurai

Artis-artis terlibat :-

1) Times
2) The Rhaman
3) Zubira
4) Couple
5) Redemption
6) Sharpshooter
7) Laila Lounge
8) 679
9) Priceless stupid Box
10) Cholyra
11) Famyliar
12) Lolypop
13) Wynken Delirium
14) Cassandra
15) Flow
16) Kluk Kluk Adventure
17) Matahari
18) Wasted Room
19) Glasgow Ballet

Turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran dan jualan amal oleh badan-badan terlibat dan brand-brand tempatan DIY
Jualan hasil kerja tangan dari JARO dan banyak lagi...

No comments: