Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, September 22, 2008

GOTONG ROYONG K.I.T.A

Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah
9.30 pagi hingga 12.00 Tengahari
Yang pergi tetap pergi..

taklimat dari Pakcik Din


adik Sameer..


Falis , wee dan ieka mereka orang-orang K.I.T.A


dengan DOA


ALHAMDULLILAH...
Pada ahad lepas 21 September 2008,telah berlansung acara gotong royong K.I.T.A di Kawasan Perkuburan Islam Mohmoodiah,walau kehadiran tidak begitu memberangsangkan kami menuruskan acara seperti dirancang dengan tenaga cukup 10 orang.Alhamdullilah...terima kasih pada kawan-kawan K.I.T.A yang hadir,bintang-bintang,orang awam...dan wakil dari Samajadi iaitu Encik Amli dan Ultraman Taro Juga yang telah mengambil foto-foto kenangan.Juga tak lupa Pakcik Din (( mando kawasan perkuburan dan seluruh kakitangannya )) semoga akan ada lagi acara seperti ini kelak..
al - Fatihah kami akhiri meninggalkan jejak yang pasti akan kembali..bersama doa kami ikhlas...

** tak lupa kepada akak penjual bunga :) jumpa lagi ya..


Wednesday, June 25, 2008

K.I.T.A NEXT EVENT

Photobucket

Dianjurkan oleh : Festival Musik K.I.T.A
Tarikh : 20 Julai 2008
Masa : 2 Petang sehingga tamat
Tempat : CT CAFE,City Plaza.Johor Bahru

TUJUAN ACARA DIADAKANIni adalah acara untuk mengumpul dana bagi Rumah Bakti Johor Bharu dalam mengumpul buku-buku yang bertujuan mengisi kekosongan pondok bacaan buat anak-anak yatim di disitu.Acara ini adalah acara yang melibatkan ahli-ahli sukarelawan KITA yang sudah menjangkau angka 300 orang dalam masa 5 bulan penubuhan.Ianya adalah satu jumlah yang begitu membanggakan.


  • PENGISIAN

    -Persembahan dari band-band local
    -Jualan sambil menderma oleh brand-brand local.
    -Memunggah dan mengasingkan segala sumbangan.
    -Dijalankan oleh ahli HATI K.I.T.A

Datanglah beramai-ramai dan tunjukkan keprihatinan anda..bawalah buku-buku ilmiah,permainan,pakaian atau apa saja bentuk sumbangan...

Semoga acara ini dapat mengekalkan sifat kemanusiaan kita.InsyaALLAH....



Thursday, May 1, 2008

Aktiviti berterusan

K.I.T.A mengumpul buku-buku serta pakaian terpakai untuk diagihkan ke rumah-rumah anak yatim sekitar Johor Bahru dan Indonesia...Semoga dapat membantu mereka dalam meringankan beban...


CINTAI MUSIK SAHAJA TIDAK CUKUP....MENDERMALAH SAMBIL BERHIBUR...
BAWALAH BUKU-BUKU TERSEBUT DI GIG seperti tarikh diatas atau bila2 saja di gig yang terhampir kt area JB...Kami ada di sana...
Photobucket