Wednesday, June 25, 2008

DONATION FOR ABANG AZMI

Perhatian semua:-
>Kawan kita, Faizi a.k.a obe seorang rakan yang kita kenali sedang menghadapi masalah di mana abang iparnya,Abg Azmi, 37 tahun menderita kanser paru-paru yang kini sel-sel tersebut telah merebak ke jantung. Doktor menjangkakan tahap kesihatan beliau akan semakin merosot dari masa ke semasa berdasarkan laporan perubatan. Pilihan yang ada hanyalah rawatan kemoterapi yang memaksa beliau berulang-alik dari Kluang ke Johor Bahru setiap minggu untuk 12 kali sesi rawatan tersebut. Rawatan ini memerlukan belanja sekurang-kurangnya RM50+ setiap sesi dan ini belum termasuk kos perjalanan. Setakat artikel ini dilaporkan, 3 kali sesi sudah dijalani.


Isteri beliau, Noraizan merupakan surirumah sepenuh masa yang mana hanya mengambil upah menjaga anak jiran seramai 3 orang. Anak-anak mereka sendiri adalah seramai 3 orang; 2 bersekolah masing-masing berusia 14 tahun dan 8 tahun. Yang kecil baru berusia 4 tahun. Anak yang sulung, Mohd Akmal menderita sakit jantung yang dihidapinya sejak berusia 3 tahun. Anak ini akan menjalani pembedahan by-pass pada bulan Ogos ini.


Majikan Abang Azmi, Southern Waste Management (SWM) kini dalam proses menamatkan perkhidmatan beliau sebagai buruh kerana beliau sudah tidak mampu melakukan kerja-kerja rutin di syarikat itu. Menambahkan lagi kemelut yang ditanggung, pampasan tidak akan diberikan oleh SWM kerana sudah termaktub dalam perjanjian kerja yang tidak akan melindungi kebajikan pekerja yang jatuh sakit bukan sebab kemalangan.


Untuk pengetahuan anda semua, kutipan derma pertama telahpun dikumpul dan dihulurkan kepada keluarga ini ketika lawatan saya dan rakan-rakan lain pada 8 Ogos lepas. Usaha ini masih diteruskan bagi meringankan beban mereka sekeluarga terutamanya kos perbelanjaan rawatan kemoterapi dan perjalanan bagi setiap minggu. Kutipan derma ini berterusan sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.



Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut dan ingin memberikan sumbangan kepada keluarga ini,sila hubungi saya di www. myspace. com/nottybread16 atau email di nottybread16@yahoo.com. Bantuan amat dialu-alukan kerana keadaan Abang Azmi semakin membimbangkan.


Ingin diingatkan di sini, mereka ini mungkin bukan dari komuniti kita tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh berbakti kepada mereka. Jangan abaikan masyarakat luar hanya kerana mereka tidak seperti kita. Semua ini tidak akan menjadi reallti jika usaha ini tidak mendapat sokongan padu dari anda semua.



"Yes, we are not equal in the theory of mainstream world but at least we can contribute something towards society.

We still have the ethic of equalism in ourselves which leads us to make world a better place for all of us"

Ini gambar yang diambil pada 18 Jun lepas...

Photobucket

*** kepada HATI KITA inilah masanya untuk menunjukkan keprihatinan kita,walau sedikit namun pasti mampu meringankan sedikit beban ABG AZMI..semuga abang azmi kuat menempuh hari2 mendatang.InsyaALLAH...
kutipan juga akan dibuat di setiap event yang KITA sertai...*****

Cik Nina
The Comunity Of KITA

No comments: