Wednesday, June 25, 2008

DOAKAN KESIHATAN BABAH CIK NINA

Gambar diambil dari luar kaca..maaf kurang jelas

Pada Sabtu lepas,22 Jun 2008 tepat jam 11.36 malam babah dibawa ke Hospital setelah disedara kaki beliau telah bengkak kedua-duanya.Sesampainya doktor memberitahu agar memberitahu keluarga terdekat supaya dapat berkumpul.Dan menyuruh sekeluarga bersedia akan sebarang kemungkinan..
Dalam jam 2.30 pagi babah dimasukkan ke wad CCU dalam keadaan tidak sedarkan diri,jantung sudah tidak mampu mengepam darah,terdapat komplikasi paru-paru bengkak.
Sebetulnya hanya dalam masa 70 jam beliau ditidurkan bagi menstabilkan jantung dan membuang lebihan air yang terdapat pada paru-paru,namun sehingga kini beliau tidak sedarkan diri..
Diharap kalian dapat mendoakan babah Cik Nina agar cepat sedar dan kembali stabil sehingga sedia kala..



Ibu Angkat K.I.T.A di wad

Cik Nina dan Makcik Mariyam@ pgglan manja fauziah..

Cik Wee berborak-borak..

Makcik Fauziah atau nama sebenarnya Mariyam ,78 tahun kini ditahan diwad C4 blok Cempaka,Hospital Sultanah Aminah akibat kencing manis yang tinggi.
Kebetulan Cik Nina bertemu beliau sewaktu nurse membawa beliau masuk ke dalam wad.Makcik Fauziah sudah diangkat menjadi Ibu Angkat The Community of K.I.T.A pada 29 mac 2008 kelmarin di sini lantaran kehadiran beliau ke booth KITA sempena event Kami Tak Lalai sedikit masa dulu...
Kebetulan teman-teman HATI KITA melawat babah Cik Nina yang turut berada di WAD CCU ( pemulihan jantung ) mereka sekali melawat Makcik Fauziah :) ternyata beliau yang memang tidak pernah berkahwin amat gembira...
Semoga Makcik Fauziah sehat dengan segela...
Sesiapa yang ada kelapangan silalah melawat Makcik,pasti dia gembira... :)

DONATION FOR ABANG AZMI

Perhatian semua:-
>Kawan kita, Faizi a.k.a obe seorang rakan yang kita kenali sedang menghadapi masalah di mana abang iparnya,Abg Azmi, 37 tahun menderita kanser paru-paru yang kini sel-sel tersebut telah merebak ke jantung. Doktor menjangkakan tahap kesihatan beliau akan semakin merosot dari masa ke semasa berdasarkan laporan perubatan. Pilihan yang ada hanyalah rawatan kemoterapi yang memaksa beliau berulang-alik dari Kluang ke Johor Bahru setiap minggu untuk 12 kali sesi rawatan tersebut. Rawatan ini memerlukan belanja sekurang-kurangnya RM50+ setiap sesi dan ini belum termasuk kos perjalanan. Setakat artikel ini dilaporkan, 3 kali sesi sudah dijalani.


Isteri beliau, Noraizan merupakan surirumah sepenuh masa yang mana hanya mengambil upah menjaga anak jiran seramai 3 orang. Anak-anak mereka sendiri adalah seramai 3 orang; 2 bersekolah masing-masing berusia 14 tahun dan 8 tahun. Yang kecil baru berusia 4 tahun. Anak yang sulung, Mohd Akmal menderita sakit jantung yang dihidapinya sejak berusia 3 tahun. Anak ini akan menjalani pembedahan by-pass pada bulan Ogos ini.


Majikan Abang Azmi, Southern Waste Management (SWM) kini dalam proses menamatkan perkhidmatan beliau sebagai buruh kerana beliau sudah tidak mampu melakukan kerja-kerja rutin di syarikat itu. Menambahkan lagi kemelut yang ditanggung, pampasan tidak akan diberikan oleh SWM kerana sudah termaktub dalam perjanjian kerja yang tidak akan melindungi kebajikan pekerja yang jatuh sakit bukan sebab kemalangan.


Untuk pengetahuan anda semua, kutipan derma pertama telahpun dikumpul dan dihulurkan kepada keluarga ini ketika lawatan saya dan rakan-rakan lain pada 8 Ogos lepas. Usaha ini masih diteruskan bagi meringankan beban mereka sekeluarga terutamanya kos perbelanjaan rawatan kemoterapi dan perjalanan bagi setiap minggu. Kutipan derma ini berterusan sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.



Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut dan ingin memberikan sumbangan kepada keluarga ini,sila hubungi saya di www. myspace. com/nottybread16 atau email di nottybread16@yahoo.com. Bantuan amat dialu-alukan kerana keadaan Abang Azmi semakin membimbangkan.


Ingin diingatkan di sini, mereka ini mungkin bukan dari komuniti kita tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh berbakti kepada mereka. Jangan abaikan masyarakat luar hanya kerana mereka tidak seperti kita. Semua ini tidak akan menjadi reallti jika usaha ini tidak mendapat sokongan padu dari anda semua.



"Yes, we are not equal in the theory of mainstream world but at least we can contribute something towards society.

We still have the ethic of equalism in ourselves which leads us to make world a better place for all of us"

Ini gambar yang diambil pada 18 Jun lepas...

Photobucket

*** kepada HATI KITA inilah masanya untuk menunjukkan keprihatinan kita,walau sedikit namun pasti mampu meringankan sedikit beban ABG AZMI..semuga abang azmi kuat menempuh hari2 mendatang.InsyaALLAH...
kutipan juga akan dibuat di setiap event yang KITA sertai...*****

Cik Nina
The Comunity Of KITA

Mari kita BERGEMBIRA dan MEMBANTU

Photobucket
ABM dapatkan TEES K.I.T.A dengan hanya RM 20 ringgit...jangan ketinggalan!!!!sementara stok masih ada...



Support KITA disini,dapatkan stuff2 KITA yang menarik...

K.I.T.A NEXT EVENT

Photobucket

Dianjurkan oleh : Festival Musik K.I.T.A
Tarikh : 20 Julai 2008
Masa : 2 Petang sehingga tamat
Tempat : CT CAFE,City Plaza.Johor Bahru

TUJUAN ACARA DIADAKANIni adalah acara untuk mengumpul dana bagi Rumah Bakti Johor Bharu dalam mengumpul buku-buku yang bertujuan mengisi kekosongan pondok bacaan buat anak-anak yatim di disitu.Acara ini adalah acara yang melibatkan ahli-ahli sukarelawan KITA yang sudah menjangkau angka 300 orang dalam masa 5 bulan penubuhan.Ianya adalah satu jumlah yang begitu membanggakan.


  • PENGISIAN

    -Persembahan dari band-band local
    -Jualan sambil menderma oleh brand-brand local.
    -Memunggah dan mengasingkan segala sumbangan.
    -Dijalankan oleh ahli HATI K.I.T.A

Datanglah beramai-ramai dan tunjukkan keprihatinan anda..bawalah buku-buku ilmiah,permainan,pakaian atau apa saja bentuk sumbangan...

Semoga acara ini dapat mengekalkan sifat kemanusiaan kita.InsyaALLAH....



Friday, June 6, 2008

Charity D ‘ Merdeka ( Kita untuk semua )

Dianjurkan oleh : Community of K.i.T.A

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : 2 Petang – 1 pagi ( 31 ogos 2008 )

Tempat : Dewan Jubli Intan,Johor Bahru.


Tujuan Acara Diadakan
Ini adalah acara untuk mengumpul dana bagi Persatuan Kanak-Kanak Spastik Johor Bharu hasil kerjasama Bitz Studio yang dikelolakan oleh The Kommunity of K.I.T.A disamping menyambut acara malam di ambang merdeka.

(http://www.myspace.com/kitauntuksemua)

Acara ini adalah acara pertama melibatkan ahli-ahli sukarelawan K.I.T.A yang sudah menjangkau angka 300 orang dalam masa 5 bulan penubuhan K.I.T.A.Ianya adalah satu angka yang begitu
membanggakan.Juga turut mengalu-alukan orang awam

Acara Pengisian

Siang

· Bacaan naskah/buku/ blog dan Deklamasi sajak/puisi
· Persembahan akustika dan Sarkas Seni.
· Tayangan filem pendek dan teater oleh Republic Theater

Malam

· Persembahan band-band tempatan
· Jualan amal oleh brand-brand tempatan pengumpulan buku-buku rujukan terpakai.
· Tayangan filem pendek bertemakan kemerdekaan ( 10 Tahun sebelum merdeka )
· Penantian ambang merdeka
· Nyanyian lagu kemerdekaan dan negaraku
· Konsert akhir…

Band Persembahan
- Redemption
-Zubira
-The Rhaman
-Sharpshooter
-Psb
-Flow

dan banyak lagi....


MEMPELAWA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUKA BOOTH DAN PAMERAN TIDAK KIRA DALAM BENTUK APAPUN...SILA TINGGALKAN MESEJ DI SINI....

berserta :

NAMA :
LABEL / BRAND / KOMUNNITY :
EMAIL ADD :
NO TEL :
URL MYSPACE RASMI :